Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Saturday, 31 March 2012

KASIH INI MENGAMIT LAGI

Assalammualaikum .....


Aku jatuh cinta lagi .... pada seorang lelaki yang begitu unik. Dirinya begitu tabah, berani dan kuat menempuh dugaan hidup
dalam dunia yang penuh cabaran. Jiwanya penuh dengan semangat. Matlamat hidupmu begitu jelas dan engkau berpegang pada prinsip. 

Aku jatuh hati padamu. Aku kagum dengan sikapmu yang bersungguh-sungguh dan ketabahanmu dalam mencapai cita-cita. Tetapi untuk meluahkan padamu, tidak mungkin aku lakukan lantaran aku masih dipayungi dengan adab ketimuran dan kisah silamku menyekat aku untuk berterus-terang denganmu.

Aku terpegun apabila melihatmu berbicara. Kau bijak mengadunkan setiap butir bicaramu dengan sifat rendah diri. Aku tercuit untuk menyelami hatimu jika aku diberi peluang. 


Aku gadis yang serba kekurangan. Tidak layak rasanya digandingkan denganmu. Namun, aku tidak boleh menipu diriku sendiri. Tidak manis rasanya bila aku membicarakan tentang hati dan perasaan padamu tapi apalah daya aku setiap kali mata kita bertentangan, ada debaran dihati ini. Satu perasaan aneh yang tidak sepatutnya aku rasai.

Aku berasa selamat ketika berada disisimu. Damai hati ini setiap kali menatap wajahmu, matamu yang redup, senyumanmu cukup membuatkan aku tidak tidur malam. Setiap waktu aku ingin bersamamu.
























Jangan copy and paste yer ....
Hakcipta terpelihara..... Rieza Shazmira
April 2012


1.4.2012 ( Hari Ahad ) jam 10.10 pagi .....

No comments:

Post a Comment