Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Tuesday, 20 March 2012

SANTAPAN PETANG - CINTA

Assalammualaikum,

Antara kawan dan kekasih
Adalah dua aspek yang berbeza.

Kawan
Kita boleh berkawan dengan semua orang, tanpa mengenal jantina, bangsa, keturunan dan tanpa memandang status serta pangkat.

Kekasih
Semestinya satu. Ia melibatkan hati dan perasaan. Ia memerlukan kesetiaan, kejujuran, keihlasan dan pengorbanan kerana ia akan melahirkan cinta, memupuk nilai kasih sayang antara dua hati yang berlainan jantina.

Cinta
Sebagai manusia yang normal, memiliki hati dan perasaan, hipokritlah jika aku katakan manusia tidak memerlukan cinta. Manusia memerlukan cinta untuk menaikkan semangat. Namun maksud cinta itu adalah meluas. Cinta tidak hanya untuk kekasih sahaja, tetapi ia merangkumi cinta terhadap diri sendiri, ibu bapa, agama dan tuhan.

Mengapa kita harus ada sifat cinta?
Bagaimana kita melahirkan perasaan cinta?
Kepada siapa harus dicurahkan perasaan cinta?

Perasaan cinta itu adalah kurniaan dari Allah. Ia sungguh menarik, untuk memupuk kasih sayang, sifat perpaduan sesama manusia. Cinta yang kudus itu, perlu dicurahkan kepada orang yang disayangi dan orang yang menyayangi diri kita.

Adakah cinta itu memerlukan pengorbanan?
Ya, setiap cinta itu memerlukan pengorbanan... dan
Cinta itu menuntut kita melakukan pengorbanan.

Cinta pada diri sendiri
Cuba perbaiki kelemahan diri, sentiasa memajukan diri, harus melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, menjaga maruah dan kehormatan, dan menjauhi gejala tidak bermoral.

Cinta kepada ibu bapa
Semestinya kita menghormati keduanya, mencurahkan kasih sayang dan membalas jasanya.

Cinta Abadi kepada Allah
Menuntut kita taat perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Cinta sesama insan
Jangan terlalu ikut perasaan kerana kelak ia merugikan.

Kehidupan tanpa cinta
Ibarat air kopi tanpa gula
Cinta tanpa pengorbanan
Ibarat lautan tanpa gelora.

Cinta sejati memerlukan dua hati bersatu dan seiring. Agar tidak tergelincir di landasan sebelum sampai ke destinasi kebahagiaan.

Cinta Sejati Cinta Suci
Tanpa memandang rupa paras yang cantik, tidak berajakan harta dihati, tetapi lahir dari hati yang tulus dan suci. Cinta yang berlandaskan rupa dan harta, adalah cinta palsu dan bersifat sementara. Ia mudah datang dan pergi.




Jangan copy and paste yer
Hakcipta terpelihara .... Rieza Shazmira
Mac 2012


20.3.2012 ( Selasa ) jam 7.10 petang .

No comments:

Post a Comment