Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Wednesday, 4 April 2012

ANDAI KAU TAHU

Assalammualaikum,

Sayangku,
Di kala kesunyian datang menghimpit diri
Suramku rasakan waktu ini
Apa harus aku lakukan ...... tatkala ini
Aku sungguh merinduimu.


Segalanyaku lakukan
Serba tak kena
Sedangkan dirimu terlalu jauh dariku
Hanya yang ku mampu
Mendoakan kesejahteraanmu dan akanku
Coretkan kata kata indah buatmu
Wahai sayangku.


Sayangku,
Ketahuilah olehmu
Hanya dirimu yang aku dambakan
Padaku engkaulah insan yang terbaik
Hadir dalam hidupku.


Sayangku,
Aku telah berjanji padamu
dan diriku sendiri
Akan ku jaga maruah diriku
dan menjadi insan yang bertanggungjawab
Kerana engkaulah kekasihku
Pertama dan terakhir
Di dunia dan alam yang kekal abadi.


Sayangku,
Tatkala aku bersendirian
Aku kalah
Mengalir air mata ini
Mengenangkan dirimu.


Bagaimana aku hendak melupakan dirimu
Kerana engkau cinta pertamaku
Aku tidak punyai kekuatan itu
Mungkin kekuatan itu ada padamu
Tetapi tidak padaku
Kekuatan untuk melupakanmu
Walaupun gambarmu
Surat suratmu
Telahku campakkan jauh jauh
Namun kenangan
Yang telah diciptakan kita tetap
Bersama menemaniku.


Sayangku,
Betapa sedihnya hati ini
Bila dirimu ada insan lain
Jika engkau berada bersama disisiku pasti aku bahagia
Akulah insan yang paling bahagia
Namun aku sedar
Itu hanyalah impian
Impian yang tidak akan tertunai.


Sayangku,
Andainya Engkau dengari
Suara hati dan jeritan batinku
Aku ingin engkau tahu
Betapa dalamnya cintaku
Saat kita terpisah jauh
Barulah aku belajar erti kasih sayang.

Sayangku,
Aku kegelisahan menjalani
Hidup ini sendirian tanpamu
Tiada lagi ucapan nasihatmu
Tiada lagi kedengaran tawamu
Tiada lagi ku lihat semangatmu
Menemani hariku.

Sayangku,
Andai ini takdir buatku
Aku pasrah pada ketentuan illahi
Akanku jalani hidup ini dengan tabah
Akanku lalui semua ini
Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu
Tentang hati dan perasaanku
Keinginan dan Impianku.

Sahabat atau kekasih
Kedua duanya sama
Saling diingati dan disayangi selalu
Jangan ada benci di antara kita
Jangan juga mengaibkan sesiapa
Dan ingatku dalam doamu.





Jangan copy dan paste yer.
Hakcipta terpelihara ......... Rieza Shazmira
APRIL 2012



4.4.2012 ( Rabu ) jam 11.53 malam

No comments:

Post a Comment