Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Monday, 9 April 2012

CITA CITAKU DI ZAMAN KECIK

Assalammualaikum,

Bila diimbas balik kenangan zaman kanak kanak sewaktu dulu memang seronok. Sentiasa gembira dan ingat nak main jer. Tak perlu berfikir semua perkara. Semuanya telah disediakan oleh kedua orang tua kitakan ....... :)

Seingat Orang, seawal usia 5 tahun, Orang mula suka menconteng. Belajar untuk menulis. Mengenal huruf dan belajar tulisan. Pada ketika itu, memang suka sangat la. Pada permulaannya kita mesti menconteng buku. Habis buku dan kertas kertas menjadi bahan contengan. Silap silap haribulan, habis dinding dinding umah dan cermin menjadi mangsa.

 

Entah apa apa entah yang ditulis dan dicontengnya. Membebel bebel ibuku memarahiku ....... hehe . Teringat kata kata ibu memarahi saat itu. Orang hanya menyengih cam kerang busuk. haha. Kerna aku tahu, bukan niat ibuku sebenarnya untuk memarahi. Cuma dia tidak suka sikapku ....

Biasalahkan, zaman kanak kanak .... Bertindak mengikut emosi ...... Menulis juga mengikut emosi, tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tambah tambah lagi bila kena marah. Cam cam nak tulis. ( Luahan perasaan - ketidakpuasan hati. Konon konon la tu ).

Bila ingatkan dan bercerita tentang cita cita ketika kecik dulu, Orang pada zaman kanak kanak ingin menjadi penulis .... ( jangan gelakkan Orang yer ) hehe ......

 

Setiap hasil tulisan Orang pada zaman dulu dulu, Orang abadikan dalam sebuah buku. Namun sayangnya, buku itu telah hilang akibat berpindah rumah. Bila usia meningkat masuk ke alam remaja, jauh di sudut hati, Orang teringin nak menghantar karya sendiri. Supaya Orang dapat berkongsi dengan orang lain dan orang lain dapat menerima hasil penulisan Orang. Moral of story nye, Orang ingin memeriahkan dunia penulisan dan menjadi penulis yang berjaya.

Namun, sebagai insan kerdil yang belum bersedia sepenuhnya ( hanya semangat jer yang tinggi ), Orang terpaksa akur untuk memendamkan dulu angan anganku ini. Ilmu dan pengalaman yang cetek tidak akan dapat menghasilkan karya yang baik, menarik dan sempurna. Orang tidak mahu dikatakan karyaku hanya syok sendiri.

Inilah salah satu cita citaku, apabila ditanya oleh guru guruku sewaktu dulu. Sewaktu di sekolah rendah ....


Nota Kaki :


1)   Selagi kita berdoa, selagi itulah ada harapan.


2)   Jika inginkan sesuatu perkara itu berjalan lancar, ia memerlukan perancangan. Jangan sesekali kita lupakanNya.





Jangan copy and paste yer ......
Hakcipta Terpelihara ...... Rieza Shazmira
APRIL  2012



10.4.2012 ( Hari Selasa ) jam 12.55 malam .

No comments:

Post a Comment