Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Tuesday, 10 April 2012

CORAK CORET

Assalammualaikum,

Hari ini adalah hari Selasa. Yang pastinya esok adalah hari Rabu .... hehe . Esok adalah cuti umum bagi meraikan Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong kita yang baru, 11.4.2012 adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia seluruhnya untuk tempoh 5 tahun. InsyaAllah.

Perancangan esok ? Macam mana yer? Entahlah .... tapi rasanya tak g mana mana la kot. Sebab nak duduk umah jer. Penat dan tak der kawan nak ajak g mana mana. Masing masing nak lepak kat umah jer. Orang pun tanya la pada LEMAK. LEMAK LEMAK ko nak g mana yer, cuti ni? LEMAK menjawab, aku nak duduk umah ...... hehe. :)

Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam. Tak tahu nak wat apa. mata pun tak lih nak lelap kerana terlalu penat sangat. Hari ini begitu sibuk, sampai tiada waktu untuk merehatkan badan, penat dan penat. Kerja satu selesai, datang lagi satu, belum pun habis yang ini, datang pula yang satu lagi. Bila la nak habisnya ... Adus ..... Kerja kerja kerja .......

Dikala fikiran rungsing dan bercelaru, menulis blog adalah salah satu ubatnya sambil mendengar lagu lagu kegemaran dan lagu lagu baru. :)

" Sesuatu yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya. Itulah yang sering diungkapkan untuk menenangkan hati yang dirundum kekecewaan. Allah hanya ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran umatnya."

" Sekiranya perjalanan hidup kita tiada gelombang, hanya kesenangan sahaja yang diperolehi. Manusia itu tidak akan matang. Sesuatu yang manis itu hanyalah melalaikan dan bersifat sementara, dugaan yang pahit itu adalah ubat yang paling mujarab dan pembelajaran yang amat berguna" . Walaupun adakalanya hati kita berkata, arghhhhhhhhhhhhhh .............

Sedarkah kita bahawa kesusahan itu mendidik jiwa? Supaya kita sentiasa bersyukur kepadaNya? Mungkin ia bagi yang berfikir. Tetapi bagaimana pulak bagi yang kurang imannya? Banyakkan kita dengar berlakunya kes kes yang melibatkan golongan ini. Antaranya gejala sosial, keruntuhan akhlah dsb. Nauzubillah. Sama samalah kita menjagai diri kita sendiri. Buat yang terbaik ....... Supaya tiada penyesalan di kemudian hari.

" Kesengsaraan itu mengajar manusia erti kesusahan, keperitan, rasa rendah diri dsb. Kesusahan sebenarnya nikmat bagi yang redha. Bangkit dan bangunlah dari keperitan hidup. Cekalkan hati, kuatkan azam kerana kemiskinan bukan milik kita untuk selama lamanya. Suatu hari nanti pasti kemanisan menghampiri diri. InsyaAllah. Apabila tibanya kejayaan, kebahagian pasti akan menjelma. Ketika itulah sinar pelangi yang gemerlapan menjadi milikmu untuk selamanya dan membuatkan kamu tersenyum .... Ececece .....





NOTA KAKI  :

1) Kenikmatan dunia hanyalah sementara. Jadilah manusia yang sebenar benar manusia. Manusia yang   memiliki segalanya. Dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi " .....  Amin




Jangan copy and paste yer .
Hakcipta Terpelihara ...... Rieza Shazmira
APRIL 2012



 11.4.2012 ( Selasa ) jam 12.25 malam

No comments:

Post a Comment