Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Sunday, 15 April 2012

DIARI KL

Assalammualaikum,

Teringat Orang aktiviti cuti minggu yang lepas. Orang g kl rumah sepupu, K. Ida. Memang best la .... Seronok. Penuh dengan aktiviti dan memang tidak membosankan selama 2 hari Orang di sana. K. Ida kenalah melayan tetamukan. Hehe ....... ( Orang ler tu ).

6.4.2012 ( Jumaat )

Hari ini Orang keluar dari ofis agak lewat sikit dan sampai umah hampir jam 7 malam kerana menunggu hujan reda.  Hujan lebat bermula jam 4.20 petang. Sekarang ni musim hujan, boleh dikatakan setiap hari. Pada hari jumaat yang lalu ( 30.3.2012 ) hujan turun dengan lebatnya seawal jam 4.00 pagi - 11 pagi. Orang dengo ada beberapa rakan ofis terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana rumah mereka dinaiki air. Namun, syukurlah rumah Orang tidak terlibat. Tidak banjir. Terima kasih Ya Allah .....

Berbalik pada tajuk, sudah lama Orang merancang nak g umah K. Ida. Maklumlah, dengo nyer dah berpindah ke rumah baru. Lama jugalah rasanya tidak ketemu dengan kakak sepupuku yang sorang ni. Windu la pulak, dengan mak boyot ni .... Hehe ( jangan marah yer, nanti kena jual ). Selesai berkemas, Orang bertolak g kl ...... KL  i'm coming ....

Untuk pergi ke rumah sepupuku di Sg. Besi, Orang menaiki keretanya. Orang dijemput oleh kakak sepupuku dan suaminya ( malulah pulak ). Orang kan gila gila sikit, tapi tak apelah. Orang tidak pernah lagi pergi ke rumah barunya itu sejak diduduki awal bulan 1/2012. Dalam perjalanan ke sana, aku terlihat perkataan TBS. Orang tanya kakak sepupuku, TBS tu apa? Menurutnya TBS itu adalah Terminal Bas Selatan. Bangunan itu baru sahaja dibuka dan sudah mula beroperasi. Memang cantik la pemandangan waktu malam di KL. KL menjerit ...... anda pernah dengo kan ?

Kitaorang sampai di rumah jam 11 malam. Rasa ngantuk dan penat jugalah. Tapi feel dan mood malam ni memang best. Weeehuuu.....

7.4.2012 ( Sabtu )

Kitaorang pagi ni sarap ( sarapan ) kat gerai jer. Ya Allah, memang best. Kiri kanan gerai makan. Bersepah sepah. Beruntungnyalah, kalau Orang dapat duduk situ. Maklumlah, Orang ni berat sikit nak g dapur .... hehe. Orang punya menu, Nasi Kerabu, Ayam Rendang, Udang Masak Lemak dan Air Neslo Panas. Sedap dan menyelerakan.

Perancangan hari ini sepupuku ingin mengajakku pergi ke IKEA. Yahooo...... Bestnya dan excited sangat. Tapi sebelum tu, Orang kenalah pergi ke tempat kerja sepupuku. Lagipun dirumahnya tiada sapa sapa. Adus ..... Dalam hati berkata, malulah. ( Hehe ......Jangan marah yer sepupuku ).

Selesai bersarapan, kitaorang terus g tempat kerja sepupuku. Kalau tak silap kat Damansara. Inilah first time aku menjejakkan kaki disana. Orang kena lepak kat sana sampai petang. Huhuhu. Memang rehat betoi betoi la satu hari tu. Tak wat apa apa langung. Cantik juga tempat kerja sepupuku. Simple dan menarik. Dalam kebosanan Orang pada hari tu, ada juga budak comey 2 orang. Namanya tak begitu pastilah .....  bijak betoi bercakap. Geram jer.

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Kakak sepupuku menghantar sms mengajak p makan tengah hari.  Menu kitaorang tengah hari tu Soto dan Bihun Sup. Rupanya restoran yang kitaorang g makan tu, pernah dikunjungi oleh krew jalan jalan cari makan. Aisemen, bertuah jugalah rasanya. memang sedap. Tapi pak aji nya pun terasa. Selesai makan, kitaorang pun balik. Orang pun tak tahu nak wat apa. Duduk balik dekat tempat asal. Apa lagi perut pun kenyang, mata pun beratlah . Profesion part time Orang minggu ni, TLDM ( Tido, Lepak Dan Makan ) ..... huhuhu ....  Orang terlelap sampai petang. Tak sedo apanyer .... Adus.
Bangun dari tido, agak mamai cikit....

Seperti yang dirancang pada awal pagi tadi, selesai solat maghrib, kitaorang g IKEA. Punyalah ramainya orang, perghhhhhhhh .... penuh sana sini. Memang tak menyesallah g sana. Excited sangat.  Sampai tak tahu nak beli apa. Punyalah giler nengok barang, tapi sayangnya Orang tak bawa kemera. Kalau tak mesti lagi meriah ..... Memori di IKEA. Destinasi kitaorang yang terakhir sebelum balik ke rumah, makan di kedai mamak. Febret K. Ida dan A. Cik, tapi bukan Orang yer ..... hehe

8.4.2012 ( Ahad )

Pagi ini sepupuku buatkan sarap untuk kami. Cucur Jagung dan makan tengah hari pun disediakan oleh air tangan sepupuku. Memang Sedap. Hari ini jugalah hari yang terakhir Orang berada di sana. Malam ni Orang kena lik umah sebab esok kena kerjakan. Sebelum pulang, Sepupuku, K. Ida dan Suaminya, A. Cik bawa Orang g Jaya Jusco. Kitaorang window shopping dan Selamat Tinggal KL.





NOTA KAKI :

1)   Terima kasih K. Ida dan A. Cik kerana sudi bawa Orang g jalan jalan d Kl selama 2 hari berada di sana.

2)   Jangan lupa nanti pm Orang kalau nak g jalan jalan. Hehe



Jangan copy and paste yer.
Hakcipta Terpelihara ............ Rieza Shazmira
APRIL 2012


15.4.2012 ( Ahad ) jam 10.56 malam

1 comment:

  1. Assalammualaikum, K. Ida, ada komen tentang diari Kuala Lumpur yang di taip ni?

    ReplyDelete