Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Saturday, 21 April 2012

SAMB. SI MISKIN DAN SI KAYA

Assalammualaikum,

SI MISKIN DENGAN SI KAYA

Kemiskinan
Menyebabkan dia disingkirkan
Dari dunia si kaya
Manusia menciptakan jurang di tengahnya
Antara si kaya dan si miskin.

Kemiskinan
Membuatkan kita insaf
Melihat penderitaan hidup
Dalam serba kekurangan.

Kemiskinan
Membuatkan kita lebih berusaha
Agar tidak lagi berada
Di tokok lama.

Si miskin
Terus terusan di hina
Dengan sikap sombong si kaya
Yang angkuh dengan hartanya.

Si kaya
Berasa megah dengan kekayaannya
Sanggup melakukan apa sahaja demi hajatnya
Untuk menambahkan kekayaan yang ada.

Si miskin
Bersyukur dengan apa yang ada
Cuba perbaiki kekurangan diri
Hatinya lebih murni
Sikap tamak, dengki, mengkhianati,
Tiada dalam diri.

Si miskin
Telah berjaya memajukan diri
Kini dia pula menjadi Si kaya
Orang yang dulu menyepikan diri
Kini mula datang menghampiri.

Si miskin
Berasa bersyukur
Atas kurniaan illahi
Di atas nikmat yang diberi
Janganlah mudah kita mencaci
Kelak malu diri sendiri.

Si miskin
Berasa amat gembira
Ada perubahan pada kehidupan
Dia juga benci pada kemiskinan
Tapi tidak pernah membenci
Orang miskin sepertinya
Baginya tiada beza
Antara si miskin dan si kaya.






NOTA KAKI :

Janganlah kita bersikap seperti pemerhati durian. Ketika buahnya hendak dikopek hanya seorang sahaja yang menanggungnya tetapi sebaik sahaja ia dibuka ramai pula yang menghampirinya.



Jangan copy and paste yer.
Hakcipta terpelihara ............. Rieza Shazmira
APRIL 2012

22.4.2012 ( Sabtu ) jam 1.35 malam.

No comments:

Post a Comment