Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Thursday, 19 April 2012

TERIMA KASIH, YA ALLAH

Assalammualaikum,


Aku meminta dari Allah
Setangkai bunga segar
Tetapi diberikannya kaktus yang berduri
Aku meminta kupu kupu
Tetapi diberikannya ulat
Aku kecewa dan sedih
Tetapi tetap bersabar
Namun tidak lama kemudian
Kaktus itu berbunga indah
Dan ulat itu menjadi kupu kupu
Yang sangat cantik.


Begitulah cara Allah mengasihani umatnya
Akan diberikannya nikmat bila tiba masanya
Oleh itu sentiasalah kita bersangka baik padaNya
Maha Pencipta, Allah swt .....






Ya Allah,
Hambamu bermohon,
Semoga perjalanan hari esok akan lebih bermakna,
Semoga hari hari yang dilalui penuh dengan keceriaan,
Semoga segala urusan akan dipermudahkan,
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik,
Semoga kejayaan dapat dicipta dan menjadi kenangan,
Semoga senyuman akan sentiasa terukir di bibir,
Semoga ukuwah yang terjalin, sehingga ke akhirnya.
Terima Kasih Ya Allah, segala nikmatMu.





Nota Kaki :


1. Bercakap dan berdoalah perkara yang baik baik , Insya Allah pengakhirannya juga baik, Amin.


2. Bersangka baiklah pada Allah, kerana Dia sentiasa bersama dengan kita.




 

Jangan copy and paste yer.
Hakcipta terpelihara ................ Rieza Shazmira
APRIL 2012



19.4.2012 ( Khamis ) jam 9.07 malam

Dikemaskini 21.4.2012 ( Sabtu ) jam 9.20 malam

No comments:

Post a Comment