Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Sunday, 27 May 2012

CUTI PERSEKOLAHAN

Assalammualaikum,

Bermulanya musim cuti persekolahan. 2 minggu. Bestnyer. Tapi yang paling gembira adalah kanak kanak. Hehe. Macam Orang dulu. Inilah waktu yang paling best. Bagi ibu bapa pula, inilah masanya untuk wat geng pengembaraan. Cewah.... Nak bawa anak anak g bercuti. Balik kampung ke, pergi mandi manda ke, pergi dusun buah buahan ke dll.

Kalau ingatkan zaman kanak kanak Orang dulu, waktu cuti sekolah memang best. Jumpa dengan kawan kawan yang sekepala. Memang meriah. Main lumba basikal, masuk dusun, terjun sungai, main becak dan lain lainlah. Tapi yang tak syoknya bila pacat naik ke badan. Mencik Mencik. Hehe....

Tapi zaman kanak kanak sekarang berbeza dengan orang zaman dulu.  Di zaman yang serba moden dan canggih ni, mereka lebih suka duduk di rumah melayan internet dan mengisi waktu cuti dengan aktiviti kelas tambahan. Ada skill lain untuk cemerlang dalam pelajaran. Lihatkan kanak kanak sekarang memang bijak bijak.

Di waktu waktu begini jugalah, ramai orang mengambil kesempatan untuk membuat kenduri kendara untuk majlis aqiqah, pertunangan dan perkahwinan. Memang banyak jemputanlah. Sediakan duit ajela. Hehe

Ooh... Sebenarnya Orang pun tak tahu nak tulis apa. Jadi Orang merapu ajelah yer. Haha. 2 hari yang lepas hari gaji. Banyak hutang sana sini. Bayar bil bil .... Berapalah baki bersih yang tinggal. Bak kata orang tua tua. Lagi besar periuk, maka besar jugalah keraknya.  Inilah lumrah manusia. Sebanyak mana gaji pun, pasti masih lagi tidak mencukupi. Namun kita sebagai hambaNya, seharusnya bersyukur dengan rezeki Allah. Bersyukur dengan apa yang ada. Perbanyakkan amal jariah. Semoga Insya Allah, rezeki kita tidak akan putus. Malah semakin bertambah. Mudah mudahan. Amin. ( Peringatan untuk diri sendiri juga ).

Kita jangan terlalu kedekut untuk diri sendiri. Nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya hingga hujung nyawa. Orang pun rasa nak g bercuti la pulak. Tapi bilakah masanya yer? Cuti tahun pun banyak lagi ni..... :)












 
NOTA KAKI :

Teringin nak minum air tebu buatan sendiri ....


Jangan copy and paste yer.
Hakcipta Terpelihara ..... Rieza Shazmira
MEI 2012

27.5.2012 ( Ahad ) jam 10.20 malam.

No comments:

Post a Comment