Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Friday, 11 May 2012

DAH HAMPIR DEKAT

Assalammualaikum,

Hai, Kawan kawan. Apakahbar korang hari ni? Diharapkan sihat sihat ajelah yer. Apakah agaknya aktiviti korang pada hari Sabtu hari ni. Mesti seronokkan? .... Orang hari ni cam biasalah, meluangkan sedikit masa untuk menulis blog ni dan harapan Orang agar korang tak akan rasa jemu untuk menyinggah dan membaca blog Orang ni. Hehehe ....

Korang dengar pantun dari Orang :

Balik Kampung Hilang Baju
Tak Pasal Pasal Kena Luku
Tak Lama Lagi Masuk Bulan Ramadhan Yang Baru
Amacam Kawan Kawan, Dah Ganti Ke Puasa Yang Dulu Dulu ?

Bila teringat pantun ni, bermakna tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa. Yelah, mengikut jangkaan kalendar puasa kita tahun ini mulai 21.7.2012.  Hampir dekatkan. Bagaimana dengan puasa yang dulu dulu? Puasa yang tinggal dah ganti ke? Jika belum, jom ganti .....

Bila sebut jer pasal bulan puasa mesti kita seronokkan .... Hari dan bulan yang penuh dengan keberkatan. Mudah mudahan. Amin.

Puasa bermaksud menahan diri daripada perkara perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredhaanNya.

Syarat Wajib Puasa :
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Sihat
  • Bermukim
  • Suci

Islam
Puasa tidak wajib bagi mereka yang bukan islam.

Baligh
Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau dalam erti kata lain, kanak kanak.

Berakal
Mereka mestilah waras dan orang gila tidak diwajibkan berpuasa.

Sihat
Orang yang sakit / uzur tidak diwajibkan berpuasa tetapi diwajibkan fidyah.

Bermukim
Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib menggantikan puasa selepas bulan ramadhan.

Suci
Suci dari haid dan nifas bagi wanita. Lelaki tidak ada alasan yer nak ponteng ponteng puasa. Hehe



Jangan copy and paste yer
Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
MEI 2012

12.5.2012 ( Sabtu ) jam 11.15 pagi

No comments:

Post a Comment