Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Tuesday, 8 May 2012

SEINDAH SAKURA

Assalammualaikum,

Seindah Sakura, sedapkan tajuk drama bersiri slot Akasia ini. Drama ini baru mula ditayangkan dua hari yang lepas bermula 7.5.2012 jam 7.00 malam di TV3, dan sudah 2 hari jugalah Orang melayan drama tv ni. Sejak dari hari pertama drama ini disiarkan dan hati Orang tertarik untuk menonton drama ini sehingga ke episod yang terakhir. Percayalah. Pada pandangan peribadi Orang, drama ini memang menarik. Kisah 3 orang wanita yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. Sape yang tonton drama ini mesti tersentuh hati,  melihat penderitaan mereka. Oklah, Orang pun malas nak komen banyak banyak kat sini, sebab baru episod 2, apa kata kalau kita sama sama menonton drama ini kepada yang berminat ...... hehe.

Sebelum tu, 

Kerana Aku Miskin,
Aku Bekerja Keras,
Kerna Aku Miskin,
Aku Dipinggirkan,
Kerana Aku Miskin,
Aku Dihina,
Kerana Aku Miskin,
Aku Dibenci,
Kerana Aku Miskin,
Aku Diperkotakkatikkan.

Dan,

Kerana Aku Miskin,
Aku Selalu Mengalah,
Kerana Aku Miskin,
Aku Menjadi Cekal,
Kerana Aku Miskin,
Aku Selalu Bersabar,
Kerana Aku Miskin,
Aku Merendah Diri.

Namun, Aku Juga Manusia Biasa. Makhluk Allah Sepertimu. Punyai Hati Dan Perasaan. Ada Maruah Diri. Berilah Aku Peluang Dan Ruang Untuk Mengecapi Nikmat Dunia Yang Sementara. Ingin Dihargai dan Disayangi Selagi Aku Masih Lagi Bernadi Di Muka Bumi Ini. Walaupun Aku Tahu, Aku Sekadar Menumpang Di Sudut Dunia.



Jangan Copy dan Paste Yer.
Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
MEI 2012


9.5.2012 ( Selasa ) jam 1. 11 malam.

No comments:

Post a Comment