Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Thursday, 17 May 2012

STRESS

Assalammualaikum dan Bismillahhirrohmannirohim,

Di hari Khamis yang mulia ini, Orang ingin berkongsi sedikit ilmu yang dibaca mengenai stress. Pastinya korang pernah mengalami stresskan? Hehe ..... Punca punca stress memang banyak. Antaranya mengenai keluarga, suasana tempat kerja dan persekitaran, hal rumah tangga dan lain lain. Hari hari mengadap rakan rakan yang stress pun, boleh jadi kita pun jadi stress juga ... Ececece ..... :)

Apa itu Stress ?

Stress atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.

Tanda tanda Stress
  • Sakit Kepala
  • Kelesuan
  • Hilang Selera Makan
  • Cepat Marah
  • Gangguan Tidur Malam
Menanggani Tekanan Perasaan Yang Bijak

  • Tekanan Perasaan Yang Sederhana Adalah Baik dan Menjadikan Anda Supaya Sentiasa Cergas dan Bermotivasi.
  • Tekanan Perasaan Yang Berlebihan Akan Mengakibatkan Perasaan Bimbang, Ketakutan dan Tertekan.
Penyelesaian

  1. Lebihkan amal ibadat, sentiasa redha dan berserah pada Allah.
  2. Bijak mengatur soal kewangan.
  3. Belajar mengatakan tidak pada tugas yang tidak boleh dibuat.
  4. Gembirakan hati semasa kesulitan.
  5. Rancang kerja dengan teliti.
  6. Berkongsi masalah dengan keluarga/ rakan karib.
  7. Belajar untuk istirehat.
  8. Tidur dengan cukup.
  9. Selalu bersenam.
  10. Makan secara sihat.
  11. Jangan merokok/ minum minuman keras.
  12. Beri ganjaran pada diri sendiri dan sayangilah diri anda.... weeehuu ....
  13. Dapatkan nasihat pakar jika tidak berupaya menghadapi masalah.
Penyelesaian stress dari sudut agama/ sudut islam :

1.       Keimanan

         Kita hendaklah mendekatkan diri pada Allah. Jangan lupa untuk beribadat. Melakukan solat fardhu dan sunat. Perbanyakkan zikir. Tetapkan hati dan yakin akan kekuasaan Allah, segalanya ada hikmahnya dan ada jalan penyelesaian.

2.      Tadabbur

          Kita tidak dapat melihat Allah. tetapi bukti bukti kekuasaan Allah itu ada. Lihatlah alam semesta yang indah terbentang luas ini. Betapa penyayangnya Allah pada setiap makluk ciptaannya.

3.      Zikir

        Dengan berzikir, kita akan mendapat ketenangan jiwa.

4.     Berimaginasi

        Bayangkan kenikmatan syurga yang tiada nilai dan hebat. Fikirkanlah, adakah kita layak ke sana? Ganjaran Syurga boleh menjadi motivasi supaya menjadi lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

5.      Doa

         Doa adalah senjata orang mukmin. Beza antara orang mukmin dan orang lain adalah doa. Berdoalah. Jangan putus harap terhadap Allah.

Masalah kesihatan dan penyakit penyakit yang berpunca daripada stress

  • Sakit jantung dan angin ahmar
  • Insomnia atau susah tidur
  • Kencing Manis
  • Gastrik dan Ulser
  • Infeksi atau jangkitan kuman
  • Asthma
  • Di samping itu, stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi, cirit birit dan sakit usus, mandul dan alahan kulit.


Nota Kaki :

Ingatlah, semua masalah atau stress yang kita hadapi itu semua dugaan dari Allah. Allah tidak akan menguji manusia itu, melainkan mengikut kemampuannya. Allah sedang menguji kita. Hanya insan tertentu sahaja yang Allah uji. Berfikirlah secara positif. Insya Allah, stress dan masalah akan selesai. Jangan terlalu memikirkannya dan terlalu mengikut emosi. Jangan bertindak di luar kawalan. Yang pasti Allah sentiasa ada di sisi kita.

Ya, Allah sentiasa bersama kita. Allah dah mengembirakan hatiku. Hanya Dia je  tahu, bila aku tengah sedih, bila aku tengah frust, bila aku tengah tension, dll. Hooyeeh .....




Hakcipta terpelihara ....... Rieza Shazmira
MEI 2012

17.5.2012 ( Khamis ) jam 11.56 malam 

No comments:

Post a Comment