Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Wednesday, 16 May 2012

TERIMA KASIH CIKGU

Assalammualaikum,

Seperti biasa setiap tahun pastinya kita rakyat Malaysia tidak akan melupakan salah satu tarikh penting dalam acara tahunan iaitu Sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Begitu juga dengan tahun ini.

" Selamat Hari Guru". Ucapan ini ditujukan khas kepada guru guru saya :

ketika saya di sekolah tadika
ketika saya di sekolah rendah
ketika saya di sekolah menengah
ketika saya merantau

tidak dilupakan juga :

Guru mengaji
Guru memasak
Guru kelas memandu dan
Guru guru yang lain. Maafla jika tidak dapat tulis dalam blog ni. Tak beberapa nak ingat ... hehe

Anda semua memang sangat hebat.
Jangan berputus asa untuk mendidik dan menabur budi
Jasamu tetap akan diingati untuk selama lamanya
Semoga anda mendapat keberkatan Allah.



Kepada sepupu sepupuku, kawan kawanku yang kini menjadi cikgu dan yang bercita cita untuk menjadi cikgu ........

kerana pengorbananmu untuk mendidik anak anak bangsa supaya menjadi manusia yang sebenar.


Hendak Disimpan Bunga Selasih
Beralas Sutera Di Dalam Peti
Menuai Budi Bersulam Kasih
Jasamu Guru Bertakhta Di Hati

Batu Permata Tidak Terbilang
Bersinar Indah Di Atas Para
Guru Inovatif Sentiasa Cemerlang
Melonjak Pasti Transformasi Negara


"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


Hakcipta Terpelihara .... Rieza Shazmira
MEI 2012

16.5.2012 ( Rabu ) jam 12.45 malam

No comments:

Post a Comment