Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Saturday, 5 May 2012

WARKAH YANG TERAKHIR

Assalammualaikum,

       Maafkan aku andainya kehadiran warkah sepi ini menganggu situasimu ketika ini. Tiada niat untuk aku mengguriskan hatimu. Cukuplah dengan semua ini. Aku tahu kini kita berdua terpisah jauh. Engkau telah pergi jauh dari hidupku. Engkau tiada lagi disini. Aku tetap akan mendoakan kebahagianmu dari kejauhan. Walau dimana engkau berada. Ku tahu, inilah jalan terbaik untuk kita. Jalan penyelesaian kepada segala kekusutan yang berlaku. Engkau janganlah risau tentang diriku di sini. Tahulah aku menjagai diriku sendiri.

       Kalau teringatkan kisah sedih ini, kalau mahu dikisahkan kisah cinta kita, ibarat santapan lahar pijar yang bernanah di hati. Sedih dan pedih. Amat payah sekali untuk diluahkan apa yang terpendam di hati. Ramai yang tidak akan mengerti. Meluahkan pada manusia, hati pasti terluka kerana mereka tidak mengerti dan tidak pernah cuba untuk memahami tentang hati ini. Hanya padamu Ya Allah, aku bermohon dan bersujud. Semoga diperoleh ketenangan dan kekuatan diri. Dengan berdoalah aku dapat mengembalikan semangat yang semakin menurun dari hari ke hari.

       Tidak pernah sekali namamu lekang dalam kotak ingatanku. Biar sesaat pun. Tiap kali kerinduan itu datang, setiap kali itulah aku lebih senang melayan perasaan dalam kamar bilik yang suram. Bagaimana kosongnya bilik itu, begitu jugalah dengan hatiku. Kosong. Sekosong hatiku. Aku selalu terkenang dan mengimpikan saat saat indah bersamamu yang tidak mungkin akan kembali dalam hidupku.

       Aku cuba mematikan dan menghapuskan segala kenangan bersamamu. Tapi entah kenapa amat payahku rasakan. Aku rindu padamu. Terlalu rindu. Tak terucap di bibir ini hanya linangan dan tangisan sahaja yang membasahi pipi setiap kali kerinduan itu hadir. Mengalir air mata ini menandakan aku sedang dalam kesedihan. Aku keseorangan. Tiada sesiapa yang memahami.  Secara tiba tiba, air mata yang jatuh di pipiku, ku sapu perlahan lahan.  Aku dah cuba untuk tidak menanggis di saat mengingatimu, tetapi aku sendiri tidak tahu kenapa airmata itu terjatuh jua akhirnya. Mungkin laharnya masih mengalir walaupun telah sekian lama berlalu. Suka atau tidak aku harus terima. Menerima kenyataan yang engkau tiada lagi disisiku.

       Bila diimbas balik, setiap patah katamu membuatkan hatiku benar benar cair. Aku hanyut dalam memori luka. Engkau telah banyak memberikan aku kenangan untuk diingati. Ya Allah Ya Tuhanku, aku akur dengan kekuasaanMu. Aku redha dengan dugaanMu. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau janganlah mengujiku dengan dugaan yang berat. Aku rasa dugaanmu terlalu berat untukku. Engkau pandulah, Engkau bimbinglah dan Engkau tunjukkanlah aku jalan yang lurus dan benar bagiku.

       Pada pertemuan yang terakhir, kata katamu yang cuma beberapa kerat patah sahaja benar benar meluruhkan hatiku. Namun, ia bukan penamat segalanya. Cinta itu lahir daripada dua hati yang sama sama tahu menilai erti kasih. Bukannya hanya sebelah pihak sahaja. Cinta menolak kepentingan diri. Apa gunanya melakukan pengorbanan jika seorang sahaja yang menghargai. Apa gunanya berharap ? Aku seolah olah mengharapkan sesuatu yang tidak ada penghujungnya. Haruskah aku melupakanmu?

       Kata kata yang meluncur keluar dari mulut ibumu benar benar meremukkan hatiku. Terasa bertaburan debu debu kasihku di awangan. Bertahun lamanya ikatan yang terjalin, akhirnya terlerai juga kerana perbezaan taraf. Inilah adat dunia. Pada ketika itu, tiada air mata yang mengalir. Kerasnya hatiku, bagaikan salji yang membeku menjadi ais. Dingin dan kaku. Namun, akhirnya pecah dan terus berderai tatkala diri bersendirian.

       Kenapa pengakhirannya boleh jadi begini ? Bukankah engkau pernah berjanji padaku, akan tetap bersamaku walau apa pun terjadi. Kerana janji janji itulah aku terus menanti dan menanti. Persoalan inilah yang selalu bermain dimindaku setiap detik. Peliknya dunia ini. Manusia memang begitu. Bagaimana dengan mudah dia menabur janji, begitu jugalah dia mudah untuk mengkhianati. Hati ini juga terusik. Mengapa begitu mudah dia berubah melupakan segala apa yang pernah dijanjikan.

       Biarlah jangan diungkit apa yang berlaku, jangan dikesali dengan suratan takdir. Biarkan sahaja. Lambat laun engkau akan menyedari disebalik kesulitan ini, adalah hikmah dariNya kerana kita hanya manusia biasa. Aku sendiri tidak pasti, adakah aku mampu buat engkau bahagia?

       Aku harus mengalah. Aku akan mengundurkan diri. Rasa marah, geram, benci dan sayang berbaur baur menjadi satu tatkala aku melafazkan untuk pergi meninggalkanmu. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana peritnya rasa hati yang dicalar calar. Robetnya terasa di mana mana. Tiada lagi senyuman diukir, hanya wajah yang sayu akan kelihatan.

       Terasa bodohnya aku, biarpun kita tiada lagi ikatan, aku masih lagi terkenangkanmu. Makin bertambah dalam rasa rindu ini dibawa hati. Adakalanya cinta itu makin terasa saat dilukakan, semakin ingin setia tatkala tidak dipedulikan, semakin sayang apabila berjauhan dan berharap menemui kebahagiaan apabila diri mulai mencintai seseorang.

       Mana mungkin dapat kulupakan wajah pertama yang hadir dalam hatiku. Mungkin kau ada kekuatan itu tetapi tidak padaku. Adakalanya aku menanggis mengenangkan, mengapa aku dipilih untuk menjadi mangsa ketamakkan manusia? Perasaan rindu itu datang tanpa henti henti. Memang aku kalah apabila keseorangan. Mana mungkin kulupakan kemesraan dan kebaikanmu begitu sahaja.

       Akhirnya tinggal kenangan. Segala galanya tinggal memori. Memori indah yang takkan luput dari ingatan untuk selamanya. Aku akan buka lambaran baru. Hidup mesti diteruskan. Maka berakhirlah rindu ini.

       Tiada yang lebih indah sewaktu mengenalimu, tiada yang lebih perit sewaktu berpisah denganmu. Terima kasih awak kerana sudi hadir dalam hidupku ini walaupun seketika.

       Ucapan terakhirku, ku doakan kau menemui kebahagiaan. Sayangilah dirinya. Biar kawan ataupun kekasih hubungan kita tetap sama. Pastinya kau tetap dalam ingatanku.

       Selamat tinggal cinta ....... Berakhir sudah episod cinta yang menguris hati.








NOTA KAKI :

Cerita ini adalah rekaan semata mata. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar cerita dongengku. Hehe .......



Jangan copy and paste yer .
Hakcipta Terpelihara .... Rieza Shazmira
MEI 2012

5.5.2012 ( Sabtu ) jam 7.25 malam

No comments:

Post a Comment