Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Sunday, 3 June 2012

IMPIAN

Assalammualaikum dan Selamat Petang .....

Hai, kawan kawan. Di petang minggu ni kalau ada masa yang terluang apa salahnyakan kalau kita pergi berjogging ngan keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan menikmati makan malam bersama. Tentu meriahkan hidup ini jika ada nilai kasih sayang dan mengambil berat perihal masing masing. Walaupun kita kini hidup di zaman it, seharusnya kita mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain dan bukannya mengamalkan sikap hal engkau hal engkau, hal aku hal aku. Jika kita mengamalkan sikap ini mesti hidup ni terlalu membosankan.

Berbalik pada tajuk utama, bila kita bercakap tentang impian sudah pasti kita akan seronok kerana tajuk ni memang menarik perhatian setiap orang. Macam macam impian kita. Semua perkara kita nak buat dan merasainya. Betulkan? Hehe. Adakala waktunya selang seminit ada sahaja impian baru kita. Otak kita sentiasa berfikir. Lebih lebih lagi bila melibatkan hal masa depan. Bila berkumpul dengan kawan kawan, lebih lebih lagi yang pandai berceloteh, macam hal hal. Tentunya topik ni menjadi lebih menarik dan panas. Semua orang ada impian masing masing. Begitu juga dengan Orang. Sekarang kita sudah memasuki bulan ke 6 dalam tahun 2012 iaitu fasa kedua. Bagaimana kawan kawan? Azam baru yang korang buat di awal tahun baru? Adakah impian kita sudah menjadi kenyataan ataupun masih lagi belum menjadi. Bagi Orang pula, ada yang menjadi kenyataan dan ada juga yang belum menampakkan hasilnya. Bilakah agaknya hari bersejarah tukan? Impian menjadi kenyataan ..... hooyeee .....

5M Impian Orang. Antaranya :-

1)       Menyambung Pelajaran
2)      Mengumpul harta dan Melancong
3)      Menerima cincin belah rotan
4)     Menunaikan umrah dan Fardhu Haji
5)     Mati dalam keadaan beriman.

Nota Kaki :

Sesungguhnya, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Hanya Allahlah pengatur yang terbaik. Dengan niat yang baik, dengan secebis keihlasan di hati, dengan sedikit kebaikan yang telah kita lakukan, bermohonlah pada Allah s.w.t, semoga Allah memakbulkan doa doa kita. Semoga juga Allah memakbulkan doa doaku yang baik baik. Amin.





Jangan copy and paste yer.
Hakcipta Terpelihara ..... Rieza Shazmira
JUN 2012

3.6.2012 ( Ahad ) jam 5.30 petang

No comments:

Post a Comment