Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Saturday, 2 June 2012

PENANGAN PENULIS

Assalammualaikum ...


Hai, kawan kawan. Rasanya sudah seminggu Orang tak menulis di blog ni. Baru seminggu jerkan... Tak kisahlah .... hehe. Orang pun tengah fikir apa yang nak ditulis di blog ini. Makin lama makin tidak tahu apa yang nak ditulis. Maklumlah, Saya ni budak baru belajar. hehe ... Masih banyak perkara lagi yang perlu dipelajari tentang blog ini. Orang sememangnya suka blog ni sesimple mungkin. Tak nak serabut sangat. Hehe ... Namun, Orang sangat menghargai pandangan orang lain. Daripada email yang diterima ada juga yang bagi sokongan dan ada juga yang beri komen. Walau apa pun Orang ucapkan terima kasih pada korang semua.  Tanpa korang tak bermaknalah Blog Rieza Shazmiera ....... :)

Lihat kata kata hikmah ni .....
" Tak faham . Terangkan ~ Bukan diketawakan "
" Tak betul . Nasihatkan ~ Bukan diumpat " 
" Tak tahu. Tunjukkan ~ Bukan dimarahkan " 
" Tak jelas. Jelaskan. ~ Bukan dirumitkan " 
" Tak mampu. Usahakan.~ Bukan dimanjakan " 
( Petikan dari Ustaz Azhar Idrus )

Tajuk hari ini ialah tentang penulis .... Terimalah Penangan Penulis versi Rieza Shazmira. Hehe....


Penulis
Duniamu Penuh Dengan Ilusi dan Khayalan
Kata katamu Penuh Dengan Puitis
Dan Bahasa Sasteramu Sangat Simbolik
Adakalanya Aku Sebagai Pembaca
Kurang Mengerti dan Memikirkan
Apakah Maksud Di dalam Semua Itu.

Penulis
Duniamu Adalah Berkarya
Kau Menganggap Di sekelilingmu
Penuh Dengan Makna dan Ilham
Padamu Siang dan Malam
Lukisan dan Ukiran
Bulan dan Bintang
Laut dan Pandai Adalah Seni
Modal Untuk Engkau Berkarya.

Penulis
Jiwamu Begitu Tersentuh
Dirimu Begitu Prihatin
Melihatkan Warna Kehidupan Dunia Kita
Lakaran Hidup Pelbagai Warna
Hitam dan Putih Dan Sesekali 
Diserikan Dengan Warna Pelangi.



Penulis
Ungkapan Itu
Sesuatu Yang Sangat Menarik 
Bukan Semua Orang Dapat Menjadi Seperti Itu
Hatinya Begitu Halus
Jiwa dan Nalurinya Adalah Seni
Bagimu Sepi Itu Indah
Melahirkan Cetusan Ilham
Yang Sangat Istimewa.


Penulis
Kesunyian Padamu Adalah Kedamaian
Ketika Itulah Engkau Melakarkan
Ilham - Ilham Di Sekeping Kertas Kosong
Mencetuskan Idea Idea Yang Berligar Di Kotak Fikiran
Untuk Sekelian Kalinya
Tanpa  Bertunjangkan Barat Atau Sesiapa
Jauh Sekali Untuk Kepentingan Diri
Hanya Sekadar Maklumat dan Hiburan
Khas Untuk Santapan Pembaca.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Penulis
Aku Begitu Kagum Denganmu
Melihatkan Hasil Tulisanmu
Membuatkan Aku Tercuit
Alangkah Mulianya Seorang Penulis Itu
Jika Karyanya Berlandaskan Ilmu
Sinetron Yang Mendidik Jiwa.

 Memupuk Keinsafan Dihati Pengikutnya
Tentang Kebuluran, Penindasan, Kekejaman
Peperangan dan Kezaliman
Di Mana-mana Sekelilingmu.


Penulis
Begitu Kudusnya Hatimu
Kau Turut Bangun
Membela Nasib Bangsamu
Melontarkan Pendapat dan Pandangan 
Untuk Kesejahteraan Semua
Demi Sebuah Perpaduan
Suaramu Adalah Emas
Begitu Berharga dan Bermakna.

Penulis
Jasamu Amat Bernilai
Bagi Yang Tahu Menghargai
Dan Menerima Setiap Satunya
Hasil Karyamu
Menaikkan Semangat Bagi Yang Lemah
Mendamaikan Hati Bagi Yang Sedang Kekusutan
Nasihat Yang Berilmu Menjadi Pedoman
Untuk Semua Dengan olahan bahasamu yang menyedapkan cereka.

" Akal  manusia itu tidak akan luput dari melakukan kesilapan. Sekalipun telah mencurahkan sepenuh perhatian dan kekuatan. Kerna kesempurnaan itu hanyalah milik Allah s.w.t yang mutlak. 

Nota Kaki :
Saya, Anda, Kamu dan Kita Semua Adalah Penulis. Penulis Dunia . 
Penangan Penulis adalah Hasil Idea Orang Sendiri. Tidak dicopy and Paste di mana mana. Orang sebenarnya pun tak pandai nak menulis, tetapi kerana suka menulis jadi cuba jugalah menaip di blog ni bagi mengisi masa lapang yang tak tahu nak wat apa...... Kalau korang tak suka maaf la yer .... Sekadar suka suka jer. hehe ... :)



Hasil Nukilan
Rieza Shazmira ....... Penangan Penulis
Jangan copy and paste yer
Hakcipta Terpelihara ....... JUN 2012

2.6.2012 ( Sabtu ) jam 9.50 malam

No comments:

Post a Comment