Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Sunday, 17 June 2012

PASRAH PADA DUGAAN

Assalammualaikum,

Jam menunjukkan pukul 1.35 malam. Tapi mata ini masih segar. Tak mahu lelap. Seolah olah baru bangun dari tidur. Puas pusing kanan dan kiri, tetapi tetap sama. Orang terbayangkan hal kemalangan semalam. Sedih juga hati ini mengenangkannya. Namun kita sebagai hambanya yang lemah, hanya mampu memanjatkan doa dan bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk menikmati hidup dan semoga dengan kejadian ini, suatu perubahan sikap akan terjadi. Penghijrahan kepada yang lebih baik lagi. Lalu Orang pun mencapai laptop untuk menaip sesuatu bagi santapan pembaca rakan rakan blog Orang . Sebelum mata ini terlelap ....... :)

KENAPA AKU MESTI DI DUGA ?

Hidup ini memang penuh dengan dugaan. Ujian memang pedih dan perit untuk menghadapinya. Tetapi kita kena ingat dan faham maksud ujian dalam perspektif Islam. Melarang kita berputus asa, kecewa dan hanyut dalam kekesatan.

MENGAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DI IDAM IDAMKAN ?

Adakah kerana aku membenci sesuatu padahal ia amat baik bagiku dan boleh jadi juga aku menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagiku. Sesungguhnya Allah amat mengetahui sedangkan kita umatnya tidak mengetahui.

MENGAPA UJIAN SEBERAT INI ?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA KECEWA , FRUST ?

Jangan sesekali mengeluh, berasa lemah dan bersedih kerana pahalanya amatlah besar jika kita beriman.

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Bersabarlah dengan dugaan itu. Lakukannya dengan niat kerana Allah, kuatkan semangat dan tabah dan bersedia menghadapi apa juga dugaan yang mendatang dan bertawakal kepada Allah semoga beroleh kejayaan yang berganda.

* Berdoalah kepada Allah meminta pertolongan dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat.

APA YANG AKU PEROLEH DENGAN SEMUA INI ?

Sekiranya aku belanjakan hartaku ke jalan Allah dan aku juga dalam keadaan menuju keredhaan Allah, aku mengharapkan balasan syurga di Akhirat nanti.

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP ?

Hanya Allah swt dan padanya juga aku bertawakal dan berserah.

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI ?

Jangan sesekali berputus asa kerana sifat berputus asa itu adalah sebahagian sifat sifat orang yang kafir.


Nota kaki :

Dalam Kemanisan Ada Kepahitan
Dalam Kepahitan Terselit Pengajaran
Dalam Pengajaran Terciptalah Iman
Dalam Iman Hadirnya Kebahagiaan
Dalam Kebahagian Wujudnya Cahaya Ketenangan
Dalam Ketenangan Itulah Sebenarnya Syurga.





Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JUN 2012

18.6.2012 ( Ahad ) jam 2.30 malam

1 comment:

  1. ini rumah yang di atas laut daerah mana ya. thx

    ReplyDelete