Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Sunday, 24 June 2012

PESANAN DARIKU

Assalammualaikum,

Untuk Adik & Sahabatku,

Bacalah nota ini :


Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan kata kata nasihat,
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku bahawa ini adalah
Ujian dari Maha Pencipta,
Jika aku lemah tanpa berdaya,
Ingatkanlah aku dengan zikir Allah,
Terangkanlah balasan syurga bagi yang redha,
Jika ada yang membenci,
Jangan membalas dengan kebencian juga,
Jika hatimu terluka,
Luahkanlah agar aku mengerti,
Jika antara kita,
Ada tembok pemisah,
Ajarlah aku untuk memecahkannya,
Dan jika esok,
Aku tidur untuk selamanya,
Ingatlah dan berjanjilah,
Bahawa kasih sayangku ini,
Adalah untukmu selamanya,
Aku bahagia apabila bersamamu.












Nota Kaki :


Kepada Adikku,


Catitlah segala kebaikan kakakmu,
Di dalam diary supaya suatu hari nanti ia menjadi contoh dan pengajaran dan,
Tuliskanlah segala kelemahan dan keburukan kakak,
Di atas pasir supaya tidak menjadi dendam dan akan dilupakan kerana memang sifat manusia itu tidak sempurna.


Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JUN 2012

25.6.2012 ( Ahad ) jam 2.10 malam

No comments:

Post a Comment