Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Thursday, 14 June 2012

SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA

Assalammualaikum,

Hari ini 14.6.2012, Orang mendapat berita yang kurang menyenangkan. Berlaku kemalangan yang mengerikan. Kemalangan antara kereta dan lori. Melihatkan keadaan kereta yang teruk, berderau rasa hati. Bagaimanakah keadaannya orang yang berada di dalam kereta tu. Just imagine, mesti teruk.

Dalam hati tidak putus putus berdoa kepada Allah, semoga semuanya berakhir dengan kebaikan. Tiada perkara buruk yang berlaku. Entah kenapa hati ini begitu rungsing. Asyik memikirkan tentang keburukan. Risau sangat sangat. Maklumlah ia melibatkan Orang yang kita kenal.

Namun berdoa, ianya berakhir dengan baik. Alhamdulillah, malam ni Orang dapat berita gembira. Mereka selamat. Syukur padamu Ya Allah, Engkau telah memakbulkan doaku dan orang lain yang turut mendoakan. Segalanya berakhir dengan baik. Tiada perkara yang buruk berlaku. Semuanya selamat. Ya Allah, Aku bersyukur sangat sangat. Engkau telah mendengar suara hatiku. Ya Allah, Engkau lindungi kami dari perkara yang buruk.

Amin ....

P/S :

Nanti Orang download gambar kemalangan tu. Tapi Orang kena minta kebenaran tuan empunya badan.  Kalau dia izinkan. Kalau tak mesti dia marah kalau Orang curi curi ambil gambar tu. Hehe .......

"Lihat sambungan foto .... bertajuk KEMALANGAN 14.6.2012 "








Nota Kaki :

Hari ini, episod terakhir Seindah Sakura. Pengakhiran yang ceria dan menarik. Watak Cikgu Aril yang suka berfalsafah dan best manakala Sakira seorang wanita yang tabah dan berakhlak mulia.


Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JUN 2012

15.6.2012 ( Khamis ) jam 3.25 malam

No comments:

Post a Comment