Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Monday, 23 July 2012

APA YANG AKU MAHU

Assalammualaikum,

Orang sebenarnya tak tahu nak taip apa untuk malam ini, tapi jari jariku ligat juga menaip. Orang nak juga menaipkan sesuatu. Jika kita selalu menaip dan menulis, rasanya ada ajer idea yang akan keluar. Tapi tak tahulah hasilnya,  sama ada ia menarik atau tidak. Jangan sampai membosankan sudah. Hahaha ..... Penilaiannya di tangan korangkan... Ececece..... ( takpe, jangan risau. sekadar suka suke jer ... :)


Ramai kawanku, merancang untuk melanjutkan pelajaran dan ada juga yang telah mendapat tawaran. Ada juga yang dok tanya tanya aku. Ko bila lagi? Aku hanya tersenyum. Jawapannya aku masih disini ketika ini. Hanya masa dan takdir Allah menentukan segalanya. Kunfayakun. Jiwaku semakin bergelodak. Terlalu serabut. Sarat memikirkan perjalanan hidupku. Dimana silapku? Kemana hala tujuanku? Bagaimana dengan masa depanku ? Aku dalam pencarian mencari identiti ku sendiri.

Semakin aku cuba menghakis perasaan ini, semakin tebal pula dibenakku. Aku tidak boleh biarkan ia begitu sahaja kerana ketabahan itulah menjadikan emosiku tidak stabil. Apa sebenarnya aku mahu dalam hidup ?

"KEJAYAAN, PENGHORMATAN DAN KASIH SAYANG"

Pujuklah wahai hati,

Ambillah waktu untuk berfikir
Kerna itu adalah sumber kekuatan,
Carilah masa untuk bermain
Kerna itu adalah sumber kewarasan,
Jangan dilupakan masa untuk berdoa
Kerna itu adalah sumber ketenangan,
Jangan malas untuk belajar
Kerna itu adalah sumber kebijaksanaan,
Jangan melepaskan peluang untuk mencintai dan dicintai
Kerna itu adalah perasaan terindah Anugerah dari Allah,
Carilah masa untuk bersahabat
Kerna itu adalah sumber kebahagiaan,
Ambillah ruang untuk tertawa
Kerna itu adalah muzik yang mengetarkan hati,
Jangan melepaskan peluang untuk berbakti
Kerna itu akan membuatkan kita hidup lebih bererti,
Carilah peluang untuk bekerja
Kerna itulah sumber kekayaan,
dan
Ambillah sedikit waktu untuk kita beramal
Kerna itulah kunci menuju ke syurga.

Nota Kaki :

Pandanglah ke hadapan
Demi sebuah kejayaan &
Tolehlah ke belakang
Buat pedoman.

Setiap manusia akan melakukan kesilapan
& tiada yang sempurna
Paling penting yakin pada diri sendiri.













Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JULAI 2012

24.7.2012 ( Isnin ) jam 2.35 pagi

No comments:

Post a Comment