Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Thursday, 5 July 2012

BERSABARLAH WAHAI HATI

Assalammualaikum,


Ya Allah .......
Orang tak tahu nak buat apa sekarang. Fikiran ini bercelaru. Hati ini begitu tersentuh. Fikiran sarat dengan macam macam hal. Hanya jasad Orang ajer ada di sini, tetapi fikiran entah melayang ke mana. Badanku letih, letih untuk segalanya. ( Orang hanya mampu menutup mata, bertawakal kepada Allah )


Hari ini Orang mendengar luahan rasa, dari salah seorang dari orang yang Orang sayang. Biarpun Orang tidak pernah menunjukkannya. Orang sayang padanya, seperti seorang adik kepada seorang kakak. Orang kesian padanya. Mendengarkan ceritanya, hati ini bagaikan dihiris. Orang mengerti apa yang dirasainya. Begitu perit untuk diluahkan. Betapa murninya kasih sayang seorang kakak itu, sanggup berkorban seluruh kehidupannya demi keluarga tersayang. Fahamilah wahai adik, perasaan kakakmu. Bukan diminta balasan kasih sayang, cukuplah dengan sikap hormat menghormati dan mengerti tentang semua ini. Selamilah tentang perasannya. Tentang kepenatannya. Biarpun, tidak pernah sekali kakakmu merungut.

Orang dapat merasainya. Hatinya menanggis mengenangkan tentang semua ini. Mengenangkan nasib dan masa depan.  Namun, kerana adanya secebis kekuatan iman, segalanya diserahkan kepada maha pencipta. Dialah pengatur yang terbaik. Semoga dengan segala ujian ini, ada hikmah yang tersembunyi. Ya Allah, Engkau berikanlah kepada kami kesudahan yang baik. Ya Allah, tidak sesekali kami merintih, menanggis dan menyesal dengan dugaanMu, sesungguhnya kami pasrah, redha dan berserah dengan dugaan hidup ini. Sesungguhnya Engkau gantikanlah kedukaan ini, dengan kegembiraan Ya Allah. Hanya padamu kami berserah. Semoga apa yang dilalui pada hari ini akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Amin. Bersabarlah wahai hati ......

Sejak kebelakangan ini, kerja bertambah berat. Semuanya mahu cepat dan segera. Pada masa yang sama, Orang memang takder mood. Segalanya buat dalam keterpaksaan. Senyuman menjadi tawar. Hanya diarylah menjadi saksi tentang segalanya.  Diary vs kawanku.








 

Hakcipta terpelihara ....... Rieza Shazmira
JULAI 2012

6.7.2012 ( Khamis ) jam 3.00 pagi

No comments:

Post a Comment