Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Tuesday, 10 July 2012

DUA PERISTIWA DALAM SATU HARI

Assalammualaikum,

       Malam ini Orang rancang tidak mahu tido awal. Malam ini Orang ingin menaip sesuatu. Hari ini 10 Julai 2012 adalah tarikh yang menjadi kenangan untukku.

       Pada pagi ini, tempat kerjaku mengadakan aktiviti senaman aerobik untuk semua kakitangannya. Aktiviti ini berjalan selama 1 jam. Semua pekerja dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sport. Lagu yang mengiringi senaman pada pagi ini lagu rancak daripada Sudir. Semua orang nampak gembira dan seronok melakukan senaman aerobik pagi ini kecuali Orang. Orang risau tentang " kawan saye ". Tak ada mood nak wat, tapi terpaksa kerna kehadiran itu penting.

       Tengah hari tadi, Orang terima sms dari kawan saye. Hari ini , kawan yang Orang anggap macam kakak ( Orang panggil kawan saye ) masuk hospital buat pertama kalinya. Risau juga di hati. Macam manalah keadaannya. Di dalam hati tidak putus putus berdoa semoga tiada apa apa yang berlaku. Ya Allah. Petang tadi juga, lepas habis kerja Orang melawatnya di hospital. Memang tersentuh hatiku melihat dia dari jauh sedang terbaring. Ingin Orang menanggis tetapi ku gagahi juga agar jangan terjatuh air mata ini. Sungguh sayu melihatnya. Melihat tubuhnya yang kecik molek sedang terbaring di atas katil. Memang sebelum ini, kawan saye kurang sihat. Tetapi kerana menjaga hati kawan, kawan saye terpaksa memaksa dirinya mengikuti program pelancongan yang dianjurkan oleh tempat kerjaku. Ya Allah, apa yang telah Orang lakukan. Orang tak berniat begitu. Ada sedikit rasa kesal di hati melihatkan keadaannya jadi begitu.

* Ya Allah, hanya padamu Orang serahkan. Engkau makbulkan doaku. Semoga kawan saye cepat sembuh dan tiada apa apa berlaku perkara yang buruk ke atasnya. Engkau makbulkanlah doa hambamu yang lemah ini. Semoga doa Ayah dan Ibunya, adik beradiknya dan juga Orang dimakbulkan Allah. Amin .....

*  Pelancongan ke Melaka 7.7.2012




Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JULAI 2012

11.7.2012 ( Rabu ) jam 4.45 pagi

No comments:

Post a Comment