Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Saturday, 14 July 2012

MELAKA BANDAR BERSEJARAH

Assalammualaikum,

  Tempoh hari Orang dan geng geng sekerja g Melaka. Perancangan yang telah lama dibuat. Syukur kepada Allah kerana dapat juga kami memijak kaki di bumi Melaka. Kitaorang bertolak pada awal pagi. Masing masing nampak teruja dan excited sangat. Tapi bagi Orang, biasa biasa jer. Kitaorang bersarapan di Seremban jer. Menu Orang bihun goreng dan Neslo Panas.

Satu hari di Melaka. Satu hari suntuk jugalah kitaorang jalan jalan di Bandar Melaka tu. Yang seronoknya, kitaorang berjalan kaki. Secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan sesama kawan kawan. Pelbagai cerita dapat dibualkan. Dengan ini, kita dapat mengenali hati budi masing masingkan. Huh... penat sangat tapi enjoy. Nak naik beca, agak malas. Tambah pula, tambangnya RM 15.00.

  Disamping berjalan jalan untuk menghilangkan stress kerja, Kitaorang juga dapat menikmati keindahan bandar Melaka, mengetahui serba sedikit mengenai sejarah Melaka dan dapat menjamu selera masakan baba dan nyonya. Orang tak pernah cuba pun sebelum ini. Kitaorang juga dihidangkan cendol. Cendol durian dan kelapa. Huhu ....  Sebelum balik, kitaorang beli buah tangan untuk keluarga. Beli dodol durian, cencalok, belacan, coklat dan lain lain. Tapi bagi Orang pula, tak beli apa apa pun. Sebab nanti takde sapa nak makan.

  Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ada kenangan manis dan pahit. Semoga persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya. Amin. Orang sayang korang semua .... muahmuah ....

  Di bawah ni, ada Orang kepilkan gambar gambar semasa di Bandar Melaka. Jom tengok korang .....




                              MENARA TAMING SARI 





                      PEMANDANGAN DARI ATAS
                          MENARA TAMING SARI












                   SALAH SATU TEMPAT YANG DILALUI



































           ANTARA MASAKAN BABA DAN NYONYA
     


                      MELAKA BANDAR BERSEJARAH





























































































Tarikh Lawatan : 7.7.2012
Hari  :  Sabtu


Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JULAI 2012

15.7.2012 ( Sabtu ) jam 1.20 malam

No comments:

Post a Comment