Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Thursday, 19 July 2012

MENJADI PENGURUS KEWANGAN

Assalammualaikum,

Malam ini mood Orang memang sangat baik. Seronok dan rasanya tak sabar untuk menyambut bulan ramadhan yang tak sampai satu hari jer. Bulan ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga dengan kedatangan bulan ini, dapat kita menambah pahala. 

" Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa untuk semua yang beragama Islam " .

Malam ini Orang nak berceloteh sikit. Bila Orang dah mula celoteh ...... hmm ....

Duit, duit ....
Dimana kau duit,
Duit, duit
Dimana kau duitttt .................

Bila kita bercakap pasal duit
pasti semua orang terujakan ....
Bila kita cakap pasal sedekah ,
macam macam helah ...
hahah ... :)
Ini bukan dongengan
Tapi kebenaran ........... :)

Orang  sememangnya cuba menjadi pencatat setia mengenai perbelanjaan harian dan bulanan untuk diriku sendiri. Biasalah, kita perlu mendidik diri supaya menjadi manusia yang berdikari. Belajar mengenai kehidupan. Belajar erti kesusahan. Kalau takder duit nak minta sape seh? ..... haha

Bershopping dan enjoy memang hobiku .... Tapi sebelum itu, Orang akan membuat perancangan apa yang perlu dibeli, tak perlu dibeli, perlu ditangguhkan dan abaikan ajer ..... Tapi bila dah berkenan pada sesuatu barang tu dah tak ingat dah, perancangan perancangan ni. Janji Orang suka .... :)

Korang percaya tak ? memang menarik dan menaikkan semangat apabila membuat pengiraan budget pendapatan kita. Keluar dan masuk . Simpanan dll .... Pada Orang memang menarik. Tapi ada ketikanya melecehkan ... huhu....

Namun, langit tidak selalunya cerah. Adakalanya hujan di tengah hari ... Begitu jugalah dengan kehidupan kita.  Setiap apa yang dirancang, tidak semestinya menjadi kenyataan. Adakalanya ujian menimpa diri. Tidak selalunya tenang ....

Sebaik baik perancangan adalah perancangan Allah. Namun, berbeza pula kita sebagai hambanya. Seringkali apa yang dirancangkan, tersasar juga. Lebih lebih lagi bila melibatkan ekonomi rumahtangga ....

Ketika itulah baru kita mengerti betapa payahnya untuk mencari rezeki demi sesuap nasi .... sampai ada istilah kerja, kerja, kerja. Kaya idak juga .... haha.

Orang rasa payahnya untuk menjadi pengurus akaun. Perlu bijak dalam menguruskan perbelanjaan dan menambahkan pendapatan. Paling penting emosi. Cewah ....

Adakalanya terdetik juga di hati, bilakah agaknya Orang nak jadi kaya? hehe ....

Nota Kaki 1 :

Tiada kejayaan tanpa kegagalan
Nak berjaya kena ada perancangan
Lebih berani lebih bahagia ....

                     Beginilah rupanye bila tengah bulan ... :)


           Fikir fikirkanlah dan selamat beramal ........ :)





Nota Kaki 2 :

Hari ini tengok anak bulan untuk menentukan bila kita akan berpuasa. Keputusan - Tarikh permulaan puasa Sabtu 21.7.2012.

Selamat berpuasa dan berbelanjalah dengan cara yang berhemah dan cuba elakkan pembaziran yer kawan kawan. Peringatan untuk diri sendiri juga.
Iye ke? ... haha .... :)



Hakcipta Terpelihara ... Rieza Shazmira
JULAI 2012

19.7.2012 ( Khamis ) jam 11.00 malam

No comments:

Post a Comment