Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Friday, 20 July 2012

RAMADHAN MENGAMIT LAGI




Hari pertama bersahur. Perasaan gembira. Sebelum Orang menunggu untuk waktu bersahur, sempat juga kalau Orang nak menaipkan sesuatu untuk korang pada pagi ni. Diharapkan korang hari ini ceria dan sihat hendaknya. Tiada kesihatan yang menghalang untuk kita berpuasa.

Pada pagi hari inilah hari pertama kita akan bersahur. Ini bermakna hari ini jugalah hari pertama kita akan berpuasa. Orang pun sama begitu bersemangat untuk menyambut ramadhan. Semoga Allah mengurniakan kepadaku kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa ini. Mudah mudahan tiada kesihatan yang menghalang untuk Orang menjalani ibadah puasa ini dengan sebaiknya. Korang pun cam tu jugakkan.

Bersahur pagi ni apa menu korang yer? Hmm ... Puasa yang pertama menyambut dengan keluarga yang tersayang. Mesti ramai di antara kita yang akan balik ke kampung untuk menyambut puasa dengan keluargakan? Apa yang penting dapat berkumpul dengan keluarga, ibu bapa dan adik beradik. Itulah saat yang dinanti-nantikan. Pasal menu makanan tak kisahlah, jika ala kadar pun. Betoi tak kawan kawan? hehe... Sesungguhnya kita harus bersyukur dengan rahmat kurniaanNya. ...  :)

Orang ada search kat google, lafaz niat puasa, doa berbuka puasa, waktu berbuka puasa dan waktu imsak untuk panduan korang dan Orang juga. Sajer jer ...  :)

Sebelum itu, jom kawan kawan kita baca niat puasa dulu ....


Dengan lafaz Bismillahhirohmannirohim,



Dan doa untuk berbuka puasa




allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
 
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.






Nota Kaki :

Di bawah ini, Orang ada sertakan jadual waktu untuk berbuka puasa dan waktu imsak kepada korang yang suka berjalan jalan. Jadual ini untuk di seluruh Malaysia jer tau. Yang luar negeri,  hehe ... tak dapatlah nak nolong. Den tak tahu.





" Selamat Berpuasa & Salam Ramadhan Untuk Semua "




Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JULAI 2012

21.7.2012 ( Jumaat ) jam 4.10 pagi

No comments:

Post a Comment