Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Monday, 16 July 2012

SOLAT DHUHA

Assalammualaikum dan




Waktu malam merupakan waktu yang sering Orang luangkan untuk menulis blog. Waktu waktu beginilah Orang mencuri sedikit masa untuk mencatitkan sesuatu di blog ini. Waktu malam memang menarik. Sunyi, tenang dan tenteram. Malam ini jari jemariku ligat untuk menaipkan sesuatu. Meluahkan apa yang dirasakan.

Kerana ada yang membaca, maka bertambahlah tajuk tajuk kecil diblog ini. Semoga kalian tidak bosan dan berasa jemu dengan koleksi cerita cerita Orang yang ntah apa apa ntah... hehe ... :)

Secara jujur, blog ini Orang nak jadikan kenangan Orang untuk diri sendiri. Untuk ingatan pada masa depan. Cewah. Kenangan peribadilah katakan ..... Itulah gunanya blogkan?  ... Betoi tak kawan kawan ? Gunakanlah ia dengan cara yang sebaik baiknya. Panjang pulak Orang berceloteh pasal hal ni ... :)

Benarlah kata orang, sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dengan dugaan yang diberi, barulah aku tersedar yang selama ini aku agak leka dengan nikmat dunia. Terlalu memikirkan hal kebendaan dan keduniaan. Hanya melakukan solat wajib dan jarang melakukan solat solat sunat.

Setelah dibukakan hati dan mendapat hidayah dari Allah swt, ( moga moga kekal untuk selamanya ), Orang melakukan solat sunat dhuha - solat pembuka rezeki. Walaupun ada ketikanya Orang cuba untuk melawan nafsu sendiri, nafsu malas yang kuat untuk melakukan solat sunat. Orang cuba juga melakukan solat sunat ini. Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan. Sesungguhnya Ya Allah, Orang bermohon semoga ada keberkatan dan hikmah. Permudahkanlah segala amalan amalan solat sunat untuk Orang lakukan. Amin.

Ya Allah, hambamu yang lemah ini percaya kepada ketentuanMu. Segalanya telah diaturkan dan ditulis. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya ditanganMu. Begitu jugalah halnya tentang rezeki.  Semestinya Orang percaya bahawa Allah yang menentukan setiap rezeki hambanya. Begitu jugalah dalam rezeki yang Orang terima sekarang ini. Bekerja keras untuk mencari rezeki. Mudah mudahan rezeki yang diterima diberkati dan halal. Berusaha dalam mengumpul harta serta berserah dan bertawakal kepada Allah dalam setiap usaha untuk mendapatkan rezeki dariNya.

Namun, kita hanyalah insan biasa. Tidak terlepas dari godaan. Melihatkan kenikmatan dunia, adakalanya manusia menjadi sombong. Dunia sekarang yang begitu mementingkan wang, ada kalanya kita lupa bahawa Allah swtlah yang memberi rezeki. Sehingga kita menjadi tamak untuk mencari duit sebanyak mungkin. Dengan sikap tamak ini, hati menjadi tidak tenang dan resah. Moga moga perasaan ini dijauhkan. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Dengan dugaan yang menimpa, adakalanya perbelanjaan melebihi pendapatan, menuntut Orang menjadi pengurus kewangan yang baik - untuk kewangan diri sendiri la... hehe. Agar pendapatan yang diterima pada setiap bulan tidak "tireh" dan mencukupi.

Sematkan dalam hati sifat syukur dan redha dengan pemberianNya. Jangan lupa untuk kita panjatkan doa pada yang Maha Esa. Moga moga sentiasa diberi pentunjuk dan jalan dalam mencari rezeki dan keredhaanNya.

Begitulah kasih sayang Allah kepada hambanya yang berdoa. Diberikannya petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya. Setelah melakukan solat dhuha, hati ini menjadi lebih tenang dan bersyukur. Orang memohon semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Inilah hikmahnya disebalik dugaan dariNya, perkara yang sering Orang abaikan dan ambil mudah.

Inilah kasih sayang Allah swt kepada hambanya. Allah masih sayangkan hambanya. Diberikannya dugaan untuk kita mendekatkan diri kepadaNya. Yakinlah akan kekuasaan Allah. Allahlah yang menurunkan rezeki pada kita. Kita sebagai hambanya perlulah berusaha dan bertawakal kepadaNya. Jangan sesekali kita melupakanNya, lakukanlah dengan jalan kebaikan dan dengan cara yang halal. Sesungguhnya kita perlu bersyukur. Semoga dengan cara yang baik dan halal, rezeki kita akan diberkati. Amin.

Nota Kaki :

Ya Allah, sekiranya rezekiku masih dilangit, Kau turunkanlah.
Sekiranya masih di bumi, Kau keluarkanlah.
Sekiranya sukar, Engkau permudahkanlah.
Jika jauh, Engkau dekatkanlah.

Dengan berkat solat dan waktu dhuha, hatiku begitu tersentuh. Engkau perkenankanlah segala doaku yang baik baik. Amin






Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JULAI 2012

17.7.2012 ( Isnin ) jam 1.55 malam. 

No comments:

Post a Comment