Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Saturday, 21 July 2012

KEHIDUPAN IBARAT RODA

Assalammualaikum wbt,

Salam Ramadhan dan Salam Ukhuwah .....

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas sehingga saat ini. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberiku kekuatan untuk menyempurnakan puasaku hari ini.  

Hari ini puasaku yang pertama. Ramai yang menghantar sms kepada Orang untuk mengucapkan selamat berpuasa. Terima Kasih kawan kawan kerana sudi menghantar sms memberi ucapan kepadaku. Ini bermakna diriku masih lagi diingati. Cewah ... :)

Hari ini juga Orang terima panggilan telefon dari sahabatku sewaktu di sekolah menengah. Orang mengelarkannya B. Orang sempat juga bersembang ngan B. Seronok rasanya dan rasa terharu sangat sangat. Pot pet .... pot pet .... dan bla bla bla .... dan akhirnya Orang hanya tersenyum dan ketawa mendengar keletah sahabatku, B. Terima kasih sahabatku. I Love U so much ..... Orang windu pada rakan rakan sekolah dulu. Macam manalah korang sekarang ni yer? Teringat dulu dulu, suka berlumba basikal. Memang seronoklah. Kenangan manis yang tak akan hilang sampai bila bila. Miss U.... :)

Orang teringat perbualan pada petang tadi. Pelbagai perkara diborakkan. Hmm.... Inilah dinamakan kehidupan. Adakalanya berada di atas, dan adakalanya berada di bawah. Apa yang penting jangan mudah mengalah, jangan ambil peduli apa yang orang lain cakap tentang kita, jangan mudah terasa, jangan sombong diri, berusaha, redha dan bertawakal kepada Allah.

Korang pernah dengar tak ayat jiwa kosong? Apa itu jiwa kosong? Adakah jiwa kosong itu bosan? Adakah jiwa kosong itu tak buat apa apa? Atau jiwa kosong itu tiada pengertian. Entahlah korang. Tanyalah diri sendiri kerana jawapan itu ada di tangan korang sendiri.

Bagi Orang pula, tiada istilah jiwa kosong dan Orang tak pernah mengalami jiwa kosong kerana setiap hari waktu Orang dipenuhi dengan aktiviti yang Orang minati. Secara jujurnya kita hendaklah bersyukur, walaupun kita tahu kita sebenarnya dalam keadaan serba kekurangan. Setiap manusia itu ada dugaannya dan hanya nasib manusia itu sendiri yang berbeza beza. Hanya Allah yang mengetahui dan memberikan yang terbaik untuk hambanya. Untuk menjadi manusia yang berjaya lihatlah mereka yang berada di atas, untuk mendidik diri supaya bersyukur lihatlah pada orang yang dibawah. Pujuklah wahai hati.... :)

Jangan kita mengungkap kata kata yang kurang baik, sebaliknya jadikanlah amalan untuk kita berbicara hal yang baik baik. Apa yang kita katakan itu adalah doa sebenarnya. Biarlah Orang nak kata apa pada kita. Kuatkan semangat. Cakaplah benda benda yang baik, Insya Allah pengakhirannya juga baik. Amin.

Jangan sesekali lafazkan kata kata aku bosan, aku tension, aku jiwa tengah kosong. Itu adalah kata kata yang kurang baik. Orang masih lagi ingat pesanan orang tuaku...



Nota Kaki :

Sebagai manusia, kita tidak boleh hidup di zaman lampau tetapi perlu hidup dalam dunia reality.

Sentiasa berdoa pada Allah semoga memberi ketenangan kepadaku. Dapat hidup berdikari dan Insya Allah, jangan menyusahkan orang lain. Amin. 

Kurangkan kebergantungan kepada manusia, tetapi banyakkan kebergantungan kepada Allah.












Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
JULAI 2012

22.7.2012 ( Sabtu ) jam 1.29 malam

No comments:

Post a Comment