Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Tuesday, 14 August 2012

AKU

Assalammualaikum,

Aku
Dalam kesedihan
Adakalanya kebosanan, kemarahan
Menjelajah segenap pelusuk diri
Tanpa aku tahu
Mengapa berperasaan begini
Kenapa ianya terjadi
Adakah kerana aku
Terlalu tertekan atau
Mengikut emosi amarahku ?

Aku
Kebimbangan
Dugaan datang silih berganti
Menguji ketabahan diri
Adakalanya tersasar juga
Dalam menanggani emosi sendiri
Namun jauh di sudut hati
Diri tetap menyakini
Suatu hari nanti
Kejayaan tetap mengiringi.

Aku
Banyak mempelajari
Mengenal erti hidup
Tentang rentetan kehidupan
Tidak semudah yang disangkakan
Tidak seindah yang diangankan
Ada pasang surut dalam liku liku kehidupan
Jangan mudah leka dengan nikmat dunia
Jangan hanyut dengan penghargaan manusia
Tetapi selalulah bermuhasabah diri
Mendekatkan diri pada Illahi
Semoga keberkatan diperolehi.

Aku
Sangat bersyukur
Dengan kehidupan yangku lalui
Allah masih menyayangi
Memberikanku petunjuk dan nikmat
Redha dengan dugaan yang diberi
Agar suatu masa nanti
Aku tidak lupa diri.

Aku
Menerima takdir yang tertulis
Belajar untuk bersabar dan tidak mudah melatah
Jangan mengkhianati dan menghentam
Orang lain demi kepentingan diri
Ikut landasan yang betul
Kerana pengakhirannya
Tiada penyesalan, tiada dendam
Ketenangan dan memperolehi kemanisan iman
Insya Allah.


* Coretan Kudusku. Hehe3 ... Sekadar menghilangkan rasa bosan. Agak merapu jugak. Mata sebenarnya dah ngantuk ... zzzzz

* Orang tak tahu nak taip apa sebenarnya. Bosan sangat sangat. Tapi tak boleh nak lena sebab semangat raya semakin terasa. Bunyi mercun masih lagi kedengaran. Jiran jiranku bermain mercun. Menghitung hari. Lagi 4 hari nak beraya. Jom balik kampung wei ..... :)











Hakcipta Terpelihara ..... Rieza Shazmira
15.8.2012 ( Selasa ) jam 1.43 malam

No comments:

Post a Comment