Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Monday, 27 August 2012

ANDAINYA TELAH TERTULIS WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK

Assalammualaikum,

Hari ini Orang nak bercerita pasal jodoh. Rasa cam nak tawin jer. :) .... Haha. Takdelah, Orang sekadar bergurau jer, kerana nak menaikkan semangat untuk terus menaip tentang tajuk ini. 

Orang ingin berkongsi sedikit ilmu dengan kawan kawan tentang tajuk ini. Artikel ini Orang baca, cedok sikit dari sebuah buku dan juga dari sumber  maklumat yang lain dan Orang juga  mengemaskini ayat yang sesuai untuk dipaparkan di blog ini bagi santapan minda kita. Sudilah kiranya kalian terus membaca topik ini. 

Benarlah kata pujangga,

" Kadangkala Allah menyembunyikan matahari, diberikannya kita ribut dan petir. Kemudian kita tertanya tanya kemanakah hilangnya matahari? Rupa rupanya Allah ingin berikan kita pelangi.

Betapa indahnya kata kata ini. Membawa maksud di sebalik kata kata ini, dapat memberi pengajaran buat diri kita untuk sentiasa tabah dan ikhlas dalam setiap ujian yang kita terima. Insya Allah, Allah pasti menjanjikan ganjaran yang lebih baik untuk hambanya yang sabar dan tidak berputus asa ".

Begitulah halnya tentang jodoh manusia. Jodoh manusia ini adalah rahsia Allah. Tidak perlulah kita terlalu memikirkannya kerana andainya telah tertulis dia jodoh kita, pasti kita tetap akan bersama. Marilah kita berkongsi ilmu dan menghayati maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik kata kata ini.

Indahkan hidup berumahtangga andainya dipenuhi keimanan dan kasih sayang.? Memiliki pasangan   yang mempunyai agama yang kuat dan berakhlak mulia adalah impian setiap manusia. Wanita dan lelaki yang baik itu sebenarnya milik siapa ?

Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang bermaksud wanita yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.

Bila kita membaca artikel ini pastinya kita mengetahui bahawa ini adalah berkaitan dengan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi punyai suami yang bersikap zalim.


Untuk menjelaskan hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa " Al-Ifki ", iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

Allah s.w.t mempertahankan kesucian Aisyah r.a dengan menegaskan bahawa jika benar benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi oleh orang yang baik baik seperti Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Bahkan Rasullullah amat menyayangi Aisyah. 

Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri penceraian itu adalah perkara yang halal. Meskipun begitu, ia adalah perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah.

Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha untuk mengubah pasangan menjadi yang lebih baik, bersabar dan bertawakal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Jika kita tidak mampu untuk berbuat apa apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka perceraian adalah langkah yang terbaik diambil dari membiarkan diri terseksa dan rumahtangga dipenuhi dengan kemurkaan. Ini kerana tidak mungkin seseorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang perlu kita fahami.

Selain itu kita juga perlu jelas, orang yang baik baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina  pada orang yang kurang bernasib baik. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan memtarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita. 

Saya juga hairan dengan sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang orang yang tidak berlatarbelakangkan agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah. Mereka ingin belajar dan mendalami tentang agama Islam dan mahu kembali ke pangkal jalan iaitu jalan menuju Allah s.w.t. Mereka perlu diberi peluang untuk bertaubat dan berubah untuk bersama sama kita menghayati keindahan agama Islam. Jangan sesekali melakukan sesuatu perkara ini mengharapkan ganjaran manusia, tetapi hanya mengharapkan ganjaran dari Allah s.w.t.

Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka. Malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah di akhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka itu sendiri akan berasa hairan kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, di dalam hatinya ....

Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, sama ada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri  dari memilih orang yang tidak sepatutnya. Namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang terbaik. 

Harus di ingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangiNya, Allah tidak akan sesekali menzalimi hambanya. 

Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturanNya. Namun, untuk mencari yang lebih baik, Islam telah mengariskan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.

Nota kaki :

Jangan hanya menilai kesalahan orang lain sahaja tetapi nilailah diri kita sendiri. Adakah kita juga cukup baik ?

Ubat kejayaan ialah UBAT
U  =  Ubat 
B  =  Belajar
A  =  Aktif
T  =  Terbuka







27.8.2012 ( Isnin ) jam 11 malam

No comments:

Post a Comment