Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Monday, 17 September 2012

YA ALLAH BERIKU KEKUATAN

 Assalammualaikum,

Buat saudara dan saudariku,

Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Nota Kaki :

Doaku hari ini,

Hanya padamu Ya Allah,

Aku serahkan segalanya. Semoga Engkau permudahkan segala urusanku, kurniakan kepadaku, ahli keluargaku dan kawan kawanku kesihatan yang baik, dan berikanlah juga balasan yang baik kepadaku, ahli keluargaku dan kawan kawanku. Amin ...





Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
18.9.2012 ( Isnin ) jam 4.30 malam 

1 comment: