Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Tuesday, 2 October 2012

MENGAPA

Assalammualaikum,

Kawan kawan. Malam ni Orang nak menaipkan sesuatu untuk memenuhkan ruang ruang tajuk kecik di blog ini. Sekadar pembacaan untuk memenuhi waktu yang terluang.

" Kehidupan ini adalah anugerah Allah yang tidak terhingga kepada kita sebagai makhluknya. Kehidupan dan nikmat yang kita kecapi sekarang adalah gambaran kebesaran dan kekuatanNya untuk kita yang bergelar manusia. Dunia ini hanyalah pinjaman dan bersifat sementara. Kita perlulah hargai dan berasa syukur dengan nikmat pemberianNya itu.

Gunakanlah nikmat yang diperolehi ini dengan sebaik mungkin untuk kecemerlangan diri di dunia dan akhirat. Ingatlah, apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Kita hidup hanyalah sementara. Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Jadilah diri sendiri.

Begitu juga jika melibatkan perasaan. Naluri hati yang terukir pasti susah untuk dihapuskan. Segala kenangan akan bersemadi di hati walaupun tidak lagi bersama.

Zaman kini bukan lagi zaman lilin yang akan membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Tetapi zaman kini zaman yang menuntut kehendak dan keinginan sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Sedih bila memikirkan zaman yang semakin nipis dan miskin moral akhlaknya.

Ingin menjadi orang yang tabah dan cekal bukan sesuatu yang mudah. Memerlukan keyakinan dan kesabaran yang tinggi, tidak mudah berasa terancam dengan perkataan dan perbuatan orang lain terhadapnya secara sengaja atau tidak. Hanya perlu memikirkan dan menumpukan pada matlamat yang diinginkan.

Yang lepas biarkan berlalu,
Segala kenangan akan ku simpan,
Jangan engkau pergi jauh dariku,
Agar suatu hari nanti tidak akan terus dilupakan.  

Mengapa harus aku menanti kehadirannya
Sedangkan dia kini jauh dariku
Mengapa aku masih lagi mengharap kehadiran dan cintanya
Sedangkan dirinya tiada lagi di sisiku
Mengapa aku masih lagi kuat mencintainya
Sedangkan dia telah lama berlalu
Mengapa sukar untukku melupakan dirinya
Kerna dalam hatiku ada cintanya
Mengapa dirinya menjadi pilihan utamaku
Kerna telah kuberikan hatiku padanya
Mengapa pula terjadinya perpisahan
Kerna aku mahukan kebahagian untuknya
Mengapa kuat aku mencintainya
Kerna dia cinta pertamaku
Mengapa pula harus aku berlalu
Kerna dirinya bukan lagi milikku
Haruskah aku menyesali pemergiannya
Hanya kerna dia cinta pertamaku
Mengapa harus aku ceria di hadapannya
Kerna aku mahukan kegembiraan di hatinya
Dan juga hatiku
Mengapa cinta itu buta
Kerna ia tidak mengenal sesiapa
Mengapa harus ada cinta
Inilah fitrah kejadian manusia.

Nota Kaki :

Segala yang ditulis di atas adalah rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar cerita dongengku. Sekadar suka suka jer tau....



Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
3.10.2012 ( Selasa ) jam 1.00 malam

No comments:

Post a Comment