Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Thursday, 1 November 2012

AKU DAN DRAMA

Assalammualaikum,

Sejak kebelakangan ini masyarakat kita dibanjiri dengan lambakan drama drama korea yang selalu disiarkan di kaca tv. Tidak kira golongan kanak kanak, remaja malah dewasa juga meminati drama korea.

Sekarang ni masyarakat kita dilanda demam korea. Mana mana pergi sibuk depa bercerita pasal drama korea, pelakon korea yang cute mute, cantik molek, hensem kacak,  lagu korea dll. Tidak ketinggalan juga saudara maraku. Paling terkini lagu korea " gangnam style ''. 

Kenapa masyarakat kita kini lebih tertarik kepada drama dan filem dari luar? Adakah drama drama melayu sekarang ini kurang menyengat? Atau membosankan? Atau entah apa apa lagi.

Orang sebenarnya bukan anti dengan drama drama dan filem filem melayu , tapi setiap kali Orang tengok drama drama melayu ni, jalan ceritanya lebih kurang sama jer. Temanya tak lari dari yang sebelumnya. Pengambilan pelakonnya pun lebih kurang sama. Kadang kadang tu, pasang TV1 muka dia, TV2 dia, TV3 pun dia. Berbeza pula dengan citer orang putih. Cerita tamil.

Kalau kita rumuskan balik citer melayu ni, takkan lari dari tema cinta, orang kaya yang tamak, bersikap sombong dan kaki pompuan, orang miskin yang runtuh akhlak, pembantu rumah yang sentiasa berkata yes dsb.

Kadang kadang tu kita boleh mengagak ending drama tersebut. Kita pulak yang cam jadi pengarah no 2. Betoikan kawan kawan? Paling menyakitkan hati dalam drama melayu ni, punyalah banyaknya iklan. Masa iklan lebih lama dari waktu drama bersiaran. Membosankan betoi.

Sekarang ni, drama beransur tahyul dan seangkatan dengannya semakin berleluasa. Berebut rebut pengarah untuk membuat drama dan filem. Pengarah yang mementingkan keuntungan semata mata. Sehinggakan kanak kanak takut untuk menonton drama melayu.

Tidakkah kita sedar, bangsa lain semakin maju ke hadapan sedangkan masyarakat kita masih lagi mempercayai perkara perkara tahyul dan karut seperti ni. 

Drama melayu perlu berubah. Bentuk imej Malaysia. Jangan terlalu mengikut versi versi luar. Perlu ada pengisian dan skrip perlu lebih ilmiah dan bermotivasi. Jadikan drama melayu drama yang menarik dan bukan sekadar hiburan semata mata.

Nota Kaki :

Ini hanyalah pandangan peribadi Orang. Tiada niat untuk menghentam. Sekadar suka suka jer. Walaupun cam tu, Orang peminat drama melayu. 



Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
1.11.2012 ( Khamis ) jam 10.57 malam

No comments:

Post a Comment