Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Friday, 2 November 2012

HATI TERDETIK JARI TERUS MENAIP

Assalammualaikum,

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan memakbulkan doaku yang baik baik,
Amin......

Ya Allah,
Jadikanlah aku wanita yang solehah,
Kurniakanlah kepadaku sifat yang sabar,
Berikanlah aku kekuatan hati,
Yang menjadi benteng iman,
Agar aku berkeyakinan dan bersyukur,
Supaya aku berjaya dalam mengharungi cabaran,
Dengan tenang dan bijak mengawal perasaan.

Ya Allah,
Berikanlah aku kelapangan fikiran,
Agar aku sentiasa berfikiran positif,
Yang memiliki sifat menginsafi dan merendah diri,
Agar aku dapat memperbaiki diri,
Bagi menikmati hidup yang lebih berwarna warni.

Ya Allah,
Jangan engkau tutupkan hatiku,
Untuk menerima hidayahmu,
Agar aku sentiasa bersujud dan berdoa,
Miliki jiwa yang sentiasa dekat denganMu.

Ya Allah,
Berikanlah aku kemanisan iman,
Agar menjadi penawar ketika
Hati sedang sakit dan kestresskanku
Dapat dihapuskan dengan cara yang bermoral.

Ya Allah,
Berikanlah kepadaku pendamping dan sahabat,
Yang soleh solehah dan baik akhlaknya,
Agar dapat membimbing ke jalan yang benar.

Ya Allah,
Berikanlahku petunjuk dan hidayah,
Berikanlahku ketenangan hati dan kedamaian jiwa,
Hanya padaMu aku berserah dan bertawakal,
Amin Ya Rabbil Alamin ....





Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
3.11.2012 ( Sabtu ) jam 5.20 pagi

No comments:

Post a Comment