Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Monday, 26 November 2012

PERJALANAN HIDUP

Assalammualaikum,

Dalam hidup kita ini banyak perkara yang telah berlaku. Inilah yang dinamakan liku liku kehidupan. Ada suka dan duka. Saat kita berada di atas dan zaman kejatuhan. Kenangan yang mengembirakan dan juga menyedihkan. Perkara yang mengembirakan, saat kita dipuji, saat kita menerima kejayaan dll .

Dan dalam hidup ini juga, banyak perkara yang menyedihkan. Ingin Orang ceritakan serba sedikit di blog ini. Walaupun jam menunjukkan pukul 3.30 malam waktu ini, mata ini masih lagi segar. Susah untuk lelap. Sepatutnya saat ini  telah lama lena dibuai mimpi. Walaubagaimanapun, Orang suka melakukannya.

Kehidupan hidup ini banyak perkara yang mendukacitakan. Orang juga pernah merasainya. Bermacam macam rasa pada waktu itu. Orang masih ingat lagi ketika :

* saat Orang betoi2 terdesak perlukan duit waktu itu, bila sampai di bank duit pulak kehabisan. ( rasa cam nak maki jer waktu tu )

* bila sampai kat panggung, citer yang nak di tengok tak pulak ditayangkan. ( frust sangat2. cam nak terus blah jer dari situ )

* Berhimpit2 dlm bas. Pernah sekali sampai pipi Orang cium cermin tingkap bas. ( rasa cam nak tumbuk jer driver bus tu kerana ambil penumpang ramai sangat. hehe )

*  dll. ( malas nak taip panjang2 )

Pernah tak korang merasa kehilangan orang yang korang sayang? Baru baru ini aku menerima berita sedih. Aku kehilangan 2 orang makcik. Tarikh 5.10.2012 dan 5.11.2012 adalah tarikh pemergian mereka. Orang doakan semoga Allah tempatkan mereka dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.  Al-Fatihah.

Aku redha dengan pemergiannya. Siapalah kita untuk melawan takdir Allah. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah. Kita tidak berhak untuk menolak takdir Allah. Kita juga tidak punyai kuasa untuk menunda saatnya kematian. Kita juga tidak punyai kuasa untuk mengembalikannya. Kita hanyalah hambaNya. Terimalah segala ketentuan illahi dengan redha. Jangan terlalu bersedih kerana sesungguhnya suatu hari nanti kita juga akan ke sana.

Memang tidak dinafikan amat payah untuk melupakan seseorang yang kita sayang. Apatah lagi berpisah mati. Tiada yang buruk akan kelihatan, semuanya baik baik belaka. Untuk mencari penganti, sukar untuk dilakukan. Berbanding bercerai hidup. Kebanyakannya akan berakhir dengan kebencian dan mudah menemui penganti.

Nota Kaki  :

Takdir Allah yang menentukan pertemuan dan
Takdir Allah jugalah yang menentukan perpisahan.
Luahkan rasa kecewa kepada PenciptaMu. Berdoalah semoga ketenangan, kekuatan dan hidayah bersinar menerangi hidupmu.



Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
27.11.2012 ( Isnin ) jam 4.40 malam

No comments:

Post a Comment