Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Monday, 10 December 2012

AKU DAN CUTI HUJUNG MINGGU

Assalammualaikum,

Minggu lepas merupakan aktiviti cuti hujung minggu yang menarik untuk dikenang dan susah untuk dihapuskan selamanya. Hari ini Orang nak kongsi citer sikit pasal program cuti hujung minggu yang lepas. 

6.12.2012 - Khamis

Hari ini, Khamis malam Makcikku wat kenduri berkhatan. 4 orang anak sepupuku kena sunat. Melihatkan gelagat mereka rasa kelakar sangat sangat. Pelbagai pael mereka buat. Macam macam tuntutan hadiah terpaksa dipenuhi oleh ibu mereka supaya mereka mahu berkhatan. Yang Orang tak boleh tahan, mereka boleh minta tab untuk dijadikan hadiah. Alamak, budak budak sekarang.

7.12.2012 - Jumaat petang

Seperti biasa, lepas habis kerja Orang akan turun ke KL. Dah lama merancang untuk g jalan jalan di KL.

8.12.2012 - Sabtu

Yang menariknya, aktiviti sampingan kitaorang masa tu adalah g shopping kat GM. Gila betoi la. Sampai kelabu mata. Tak tahu nak beli apa. Rasa cam nak shopping sampai pitam. hahaha .....

Lepas tu kitaorang pergi Plaza Low Yat. Nak beli sedikit barang kat sana. Kitaorang memang suka beli barang kat sana kerana banyak pilihan dan harganya agak murah berbanding di tempat lain. Selain itu, mudah mendapat maklumat mengenai ICT di sana.

Selepas balik dari Plaza Low Yat. Sempat jugalah Orang melihat aksi drama ala-ala hindustan kat sana. Aksi nangis nangis, aksi berlari dalam hujan dan aksi jiwa dalam keadaan memberontak. Pergh, sampai bila bila pun Orang takkan lupa. Hari ini aku belajar satu lagi pengalaman. Muhasabah diri ....

9.12.2012 - Ahad

Balik umah sendiri. My sweet home ..... Waaa .... windunya ..... 
Rumahku Syurgaku .....

Nota Kaki :

11.12.2012 - g berkelah ngan kawan kawan

15.12.2012 - lik kg ada kenduri kahwin kawan.



Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
11.12.2012 ( Isnin ) jam 4.00 malam

No comments:

Post a Comment