Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Sunday, 16 December 2012

DOWN

Assalammualaikum,

Semenjak kebelakangan ini, emosi Orang tak beberapa nak stabil. Orang rasa cam sedih sangat sangat. Hati rasa tercuit. Orang cuba melawan rasa tidak selesa ni. Tapi ternyata, mengambil masa untuk lenyapkannya.

Entahlah, Orang tak tahu nak mulakan dari mana. Orang keliru. Orang tak pasti kenapa perasaan Orang jadi cam ni. Orang rasa cam tak der perasaan. Mood Orang sekarang betoi betoi down.

Adakalanya kita sebagai manusia, akan mengalami gangguan emosi. Gangguan emosi yang biasa biasa. Bukan di tahap yang kronik. Gangguan emosi yang akan mewarnakan perjalanan hidup kita. Ada pasang surutnya. Perjalanan yang ada hitam putihnya. Suka dan dukanya. Perjalanan hidup yang terpaksa ditempoh, akan menjadi kenangan untuk selamanya.

Biasalahkan. Adakalanya juga tercuit hati kecik melihat kekurangan diri. Tidak seindah dan seceria orang lain. Siapalah kita untuk menyoal takdir Allah. Namun, aku sangat2 bersyukur dengan nikmat dan kurniaanNya.

Orang bukan nak berbicara tentang ini, tapi ingatlah perjalanan hidup kita tidak selamanya indah. Adakalanya dugaan mencabar diri. Apa yang pasti kita hendaklah berbalik pada asal. Tujuan hidup kita. Dari mana asal usul kita.

Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau kurniakan kepadaku teman yang baik2. Terima kasih kawan kawanku .... Nasib baiklah korang ada .......

Nota kaki :


Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang berdikari dan tidak menyusahkan orang lain. Amin

Ya Allah, Kau kurniakanlah kepadaku kekuatan iman. Semoga aku tabah mengharungi cabaran hidup. Jangan Engkau tenggelamkan diriku, dengan perasaan putus asa dan rendah diri. Amin.

Bila timbul perasaan cam ni. Mula teringat pada orang yang paling kita sayang. Ya Allah, ....



Hakcipta Terpelihara ....... Rieza Shazmira
17.12.2012 ( Ahad ) jam 2.00 malam

No comments:

Post a Comment