Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Wednesday, 12 December 2012

ENJOY

Assalammualaikum,

Diary Semalam

11.12.2012

Pergi berkelah di Pantai Remis bersama geng geng sekepala. Kitaorang g dalam 6 orang.
Bertolak seawal jam 8 pagi. Setibanya di sana, pengunjung cam tak berapa nak ada. Memang best kerana orang masih lagi tak ramai. Tidak banyak sampah sarap. Bersih. Air pantai kelihatan seakan berminyak. Keadaan pantai kering. Air tengah surut. Dapat melihat dengan jelas keadaan pantai ketika air surut. Bagaikan padang jarak padang terkukur. Kering dan kosong. 
Kitaorang menunggu sehingga air laut naik sepenuhnya  sedikit demi sedikit kira kira 1.30 petang. Seronok sangat. Hati terusik. Betapa indahnya ciptaan tuhan untuk kita.
Kitaorang dapat mendengar suara ombak. Angin yang sepoi sepoi bahasa. Nyaman. Aktiviti di sana mencari kerang, ambil gambar, lukis di pasir pantai, lepak lepak dll.
Sebelum berangkat pulang, kitaorang menjamu selera dulu. Tidak menarik rasanya, kalau tak makan kerang bakar. Sebelum balik kitaorang beli barang sikit untuk kenangan. Tidak dilupakan, beli ikan masin. Memang syok. Paling penting banyak pilihan ....
Lepas kuar dari Pantai Remis, program kitaorang lepas tu g makan durian. Sedap. Lebih lebih lagi musang king. pergh ....
Sebelum ke destinasi terakhir, kitaorang g masjid negeri untuk berhenti sebentar dan destinasi terakhir kitaorang pada hari ini, makan ais kacang special. sedap dan menyelerakan .... rasa cam nak pergi lagi jer makan ais kacang kat situ. ngee.....

Diary Hari Ini

12.12.2012

Selepas balik dari kerja kitaorang g makan kat Domino's Pizza dan Tutti Fruiti Frozen Yogurt.

Inilah pertama kali Orang menjejakkan kaki. First time jugalah Orang makan ice cream Tutti Fruiti.
Keciankan Orang. hahaha ....

Mula mula masuk ke dalam kedai tu, cam jakun pulak. :)
1. Pilih saiz kotak yang dikehendaki.
2. Pilih ice cream - terdapat banyak pilihan di situ. sedap2 belaka.
3. Pilih topping dan timbang ....
4. Harga keseluruhan mengikut berapa berat yang telah kita ambil ..... Huhuhu3 .....
( Jangan ambil banyak2 . Mahal tau ) .....

Hakcipta terpelihara ..... Rieza Shazmira
12.12.2012 ( Rabu ) jam 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment