Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Sunday, 17 February 2013

WAHAI WANITA JADILAH SI POHON SEMALU

Assalammualaikum,

Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan bersama puteri baginda, Sayidatina Fatimah ( rha ). Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar ( kurma ), Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah menyatakan kepada bapanya "Apalah gunanya pohon semalu itu dijadikan?" Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya, "pohon semalu itu sangat berkait rapat dengan wanita". Mendengar jawapan itu, Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. "Semua wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 sudut :

   Pertama, pohon semalu akan menguncup apabila disentuh. Ia diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya ).

   Kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu mempertahankan maruah dan dirinya sebagai seorang wanita muslim.

   Ketiga, pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah.

   Keempat, pohon semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita sekalian, pulanglah kerumahmu apabila waktu semakin senja.

Duhai insan bergelar wanita, ambillah pengajaran daripada cerita pohon semalu walaupun jasadnya kecil pada pandangan manusia.







Sumber dari Majalah Usrati 2013
17.2.2013 ( Ahad ) jam 10.30 malam

No comments:

Post a Comment