Aku Sebutir Pasir

Assalammualaikum dan Selamat Datang,







Kepada Pembaca / Pengunjung Blog Rieza Shazmira,









Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirahim.......







Mutiara Kata Untuk Hari Ini ,







Akal Manusia Itu Tidak Akan Luput Dari Melakukan Sebarang Kesilapan, Sekalipun Telah Mencurahkan Sepenuh Perhatian dan Kekuatan Kerana Kesempurnaan Itu Hanyalah Milik Allah Yang Mutlak .......







Jadilah Manusia Yang Bersyukur, Bertenang Dalam Apa Juga Keadaan dan Jadilah Dirimu Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik, Semoga Hari Hari Yang Bakal Berlalu Mempunyai Makna Yang Manis. Permulaan Yang Baik dan Pengakhiran Yang Sangat Bererti .......



" Semasa Hidup Hendaklah Dihargai dan Setelah Tiada Janganlah Ditangisi " ....







Semoga Saya dan Anda Semua .......

Sentiasa Ceria ....... Hooyee ......



Dicatatkan Oleh Rieza Shazmira 11/6/2012 jam 11.55 malam

Wednesday, 8 January 2014

PERJALANAN CINTA FAIZURA - CERITA SATU

P/S :
 Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ini hanyalah rekaan aku sendiri. Hanya sekadar mengisi masa lapang.

Hati aku telah tercuit pada seorang lelaki. Aku gelarkan dirinya sebagai Faizal. Aku masih ingat lagi, perkenalan aku dengannya dengan cara yang tidak sengaja. Pertemuan yang tidak dirancang. Sewaktu itu, Halimah kawan baikku mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya kira-kira 2 tahun yang lalu.

Ramai kawan sekolah kami yang dulu turut sama menyertainya. Begitu juga aku. Faizal juga tidak mahu ketinggalan. Memang program seperti ini, saat-saat yang ditunggu-tunggukan oleh kami setelah sekian lama terpisah. Aku rindu kawan-kawan aku yang dulu. Peluang seperti ini bukan selalu dapat. Seingat aku, inilah kali pertama kami bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa. Dengan adanya majlis seperti ini, boleh merapatkan lagi hubungan kami. Lagipun rata-rata kawan kami mempunyai facebook. Cara ini memudahkan lagi kami berhubung, bertanya khabar dsb.

Ketika majlis ini berlangsung, suasana meriah sekali. Aku sendiri tidak berapa nak ingat pakaian apa yang telah aku gayakan waktu itu. Tapi yang pasti, memang simple sebab aku pun jenis yang sempoi. Hehe.  Bila teringkatkan kembali, ketika itu aku sedang sibuk dengan kawan-kawanku yang lain. Aku tidak menyedari akan kehadirannya di situ. Aku pun tidak berminat untuk menyapa dia. Saat itu, aku terlalu gembira dapat berjumpa dengan kawan baikku. Bersembang, makan, bergurau senda, bergelak tawa dengan mereka memang melekakan aku. Memang indah untuk dikenangkan.

Aku tidak menyangka dan tidak menyedari bahawa Faizal sebenarnya sedang memerhatikan aku dari jarak jauh. Dari awal kedatangannya sehinggalah dia beransur pulang dia banyak memerhatikan aku. Melihat gerak-geri aku. Aku tidak perasan langsung akan sikapnya itu. Dalam diam rupanya dia mengambil no telefon aku melalui kawan kami. Sehingga ke hari ini, aku sendiri pun tidak tahu siapa yang bagi no telefon itu. Dia merahsiakan dari aku.





No comments:

Post a Comment